Sabtu, 19 Mei 2012

Mampukah PAS dan UMNO berkorban demi Islam? Kesudian bermuzakarah "secata tiba-tiba" amat menghairankan. Apa tujuannya? (update)


MUZAKARAH? ADA UDANG DISEBALIK MEE? atau SEBALIK BATU?.
by : Desperado

Adakah ianya tercetus akibat SERGAHAN Karpal Singh atau kritikan Harun Sani atau isu Majlis Fatwa Kebangsaan.

Baru2 ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.

2. Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan “Islam” yang ada pada nama parti itu.

3. Maksdunya, dalam cadangan Mufti Perak itu, beliau hanya meminta Majlis Fatwa bermuzakarah sesama jawatankuasanya dan tidak ada pun timbul soal PAS diajak bermuzakarah bersama.

4. Jadi, apahalnya pula Nik Aziz tiba2 memberikan kenyataan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO atau mana2 pihak? Kenapa tiba2 keluar nama UMNO? Tan Sri Harussani ada sebut nama UMNO, kah?

5. Latah Nik Aziz yang tiba2 menyebut nama UMNO dan membabitkannya dengan ‘muzakarah’ membuatkan saya tertanya2 mengenai respon luar biasanya itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi beberapa sumber yang rapat dengan pemimpin PAS di Kedah.

6. Menurut sumber yang dikenal pasti pro – Harun Din, kenyataan Nik Aziz itu dikatakan berdasarkan kesedaran Mursyidul Am itu mengenai penurunan drastik sokongan umat Islam kepada PAS sejak bersekutu dengan PKR dan DAP. Menurutnya, ramai akar umbi khususnya dari golongan anak muda dan penyokong PAS mempersoalkan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP yang dilihat seolah2 tidak ikhlas dan tidak ada titik persamaan.

7. Dalam ertikata lain, mereka tidak puas hati melihat dasar2 PAS dipijak sewenang2nya oleh PKR dan DAP, malah para penyokongnya pula seolah2 dipergunakan seperti ‘kuli kang’ dan ada kalanya mereka disuruh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal!  

8. Bila ditanya tentang apa yang dimaksudkan tidak masuk akal itu, sumber itu memberikan contoh “menafikan video2 seks Anwar yang memang benar lelaki itu adalah Anwar”!

Justeru katanya, melihat PAS semakin kurang sokongan umat Islam yang beralih menyokong BN kerana yakin pada kepimpinan Najib. 

9. Nik Aziz yang “baru sedar di anak tirikan” PKR dan DAP itu melihat gabungan Pakatan Haram tidak menguntungkan PAS sama sekali. Justeru itu, katanya berkemungkinan besar ‘latah muzakarah’ Nik Aziz itu dibuat akibat untuk mencuba nasib, manalah tahu jika UMNO sudi berbincang dengan PAS untuk membentuk kerjasama sebagaimana yang dicadangkan pada 4 tahun lalu.

10. Beberapa sumber lain yang rapat dengan kepimpinan Azizan, Nasharuddin Mat Isa, Nasrudin Hasan dan Harun Taib juga memberikan pandangan yang lebih kurang sama dengan pendapat tersebut. Salah seorang dari mereka turut menambah bahawa PAS benar2 marah tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di antara parti Pakatan Haram kerana PKR dan DAP cuba mencuri banyak kerusi2 PAS di beberapa buah negeri, khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

11. Mereka melihat, sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, bukan setakat kerusi, malah “meja” di Putrajaya pun mungkin akan PAS perolehi! Begitu rupanya… Maksudnya Nik Aziz, ada “udang di sebalik batu”..?

12. Saya sebenarnya tak kisahlah jika benar PAS mahu bekerjasama dengan UMNO/BN. Cuma, jika mahu bekerjasama dengan UMNO/BN, maka kenalah ikut gaya dan corak UMNO/BN. Kalau PAS boleh terima gaya kafir harbi dan agen Yahudi, mengapa tidak boleh terima cara UMNO/BN yang lebih Islamik? Saya sebenarnya juga tidak kisah untuk PAS bersatu dengan UMNO/BN jika mereka benar2 ikhlas. Apatah lagi, saya memang mengimpikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. Perpaduan umat Islam di negara ini lebih penting dan itulah yang sangat2 ditakuti oleh DAP dan PKR.

13. Meskipun begitu, jika benar Nik Aziz mahu bersemuka dan bermuzakarah, rasanya tak payah umum secara terbuka. Ajak saja Hadi Awang, Harun Din dan Harun Taib ke rumah Datuk Seri Najib. Tak payah bawa Mat Sabu atau Mahfuz, mereka tak relevan. Saya percaya, Najib mampu berbuat sesuatu untuk menyatupadukan ummah. Jika beliau boleh menggerakkan transformasi negara, perpaduan umat Islam juga boleh dilihat sebagai program transformasi ummah, bukan? Justeru, tak payah kecoh-kecoh di media secara terbuka. Buat diam2 pun tak mengapa. Selepas itu, biar kita sama2 lihat bagaimana Anwar terkangkang menangis berguling2 kerana cita2nya memperkudakan PAS untuk jadi Perdana Menteri gagal ditengah jalan!

Apa pun biarlah semuanya dilakukan dengan IKHLAS bukan ada muslihat..... Kesatuan Ummah amat diharapkan.

Pas sedia muzakarah soal Islam
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
13 Mei 2012

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut sudah jauh terpesong dari perjuangan asal.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan seperti ini adalah serius dan menegaskan Pas sentiasa konsisten berpegang dengan perjuangan asal iaitu memartabatkan agama Islam di negara ini.

“Pas bersedia bermuzakarah dengan semua pihak, pejabat Pas sentiasa terbuka termasuklah kepada Umno sendiri.

“Pas ada majlis Syura Ulama, oleh itu Pas sentiasa memelihara Islam dan bersedia berbincang isu-isu melibatkan umat Islam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Namun, sejurus selepas Hadi berkata demikian, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mencelah dengan mengatakan “tidak muzakarah dengan Umno”.

Kelmarin, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kewajaran Pas menggugurkan perkataan Islam pada parti itu bagi mengelakkan kekeliruan.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud, beliau menegaskan, Karpal seharusnya meraikan perbezaan pendapat ini.

Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) perlu fokus kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Isu ini jelas, boleh rujuk kenyataan saya sebelum ini. Kita perlu tumpu apa yang berlaku sekarang, perkara itu apabila kita sudah perintah nanti, sekarang belum lagi,” katanya
Sinar Harian


Tidak mustahil apa yang berlaku ialah GIMIK POLITIK sahaja. Ini adalah untuk mengalih perhatian ahli PAS yang semakin ragu terhadap kekuatan PAS yang sering dipertikai rakan mereka DAP. Kita nilaikan sendiri dari beberapa kenyataan pelbagai kalangan pemimpin PAS mengenainya untuk mengetahui sejauh mana mereka bersedia untuk berdamai..


UMNO sedia membuka pintu, mahukah PAS menyambutnya? Keikhlasan mereka semakin diragui.. apapun kita masih mengharapa usaha baik ini akan terlaksana walaupun bakal ditentang mati-matian oleh pemimpin PAS dari kem Anwarinas atau parasit.


Saya percaya ia hanyalah untuk menekan kembali DAP yang sering menghina PAS dan menganggap PAS sebagai gabungan termiskin dalam PR dan hanya layak bertugas mengikut arahan mereka yang lebih dominan.


POLITIK DALAM CAWAN? Nampak seperti berbelit..

Muzakarah selepas PRU, bukan kerjasama politik

NURUL AINI MOHAMED ALI
18 Mei 2012

Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas menyambut baik kesediaan Umno untuk bermuzakarah tetapi menegaskan platform itu tidak akan menyentuh isu kerjasama politik, idea yang pernah dibangkitkan susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pas memberi kenyataan ini susulan respons Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sedia menyahut seruan parti itu untuk bermuzakarah asalkan tujuannya demi kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya bersetuju untuk mengadakan muzakarah dan berharap ia akan menjadi kenyataan.

“Dengan adanya muzakarah ini, kita dapat menjawab segala isu semasa dan membetulkan sentimen negatif rakyat terhadap Pas, sekali gus menjawab segala tuduhan dan kontroversi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Katanya lagi, buat masa ini pihaknya belum berbincang mengenai isu khusus yang akan dibincangkan dalam muzakarah tetapi yang pastinya isu semasa menjadi inti pati perbincangan.

“Pihak kami tidak boleh membuat keputusan ketika ini kerana saya akan membawa usul ini dalam mesyuarat bersama ahli tertinggi terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi,” kata beliau.

Tambah beliau, pihaknya sendiri akan menghantar surat rasmi kepada Umno bagi menjemput mereka menghadiri muzakarah ini tanpa menggunakan orang tengah.

“Saya menjangkakan muzakarah boleh diadakan selepas pilihan raya. Ketika ini, kami masih menumpukan sepenuh perhatian ke atas persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.


Muzakarah: 'Alhamdulillah', kata Nik Aziz

MOHD ZAILANI ABD RAHMAM
18 Mei 2012

Kronologi Muzakarah Pas

KOTA BHARU - "Alhamdulillah." Itu reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan respons Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam yang menyahut kesediaan parti itu untuk mengadakan muzakarah.

Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuan itu memang ditunggu-tunggu dan bentuk perbincangan boleh ditentukan selepas persetujuan itu dibuat.

"Terbukanya pintu hati pemimpin untuk muzakarah itu adalah perkara yang baik, soal skop perbincangan boleh ditentukan kemudian," kata beliau kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, pagi ini.

Ketika ditanya sikap segelintir ahli Pas yang menolak pertemuan ini, Nik Aziz berkata, beliau tidak kisah dengan pandangan seumpama itu.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa pertemuan itu penting demi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Semalam, Muhyiddin berkata, Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Nik Abdul Aziz.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya.


‘Idea muzakarah tak wajar henti separuh jalan’

NORHASRAM MOHAMAD
18 Mei 2012

Ahmad Maslan beramah mesra dengan warga Sinar Harian Kelantan ketika
mengadakan lawatan singkat hari ini.


KOTA BHARU – Pas perlu ada kesepakatan yang jelas untuk merealisasikan idea bermuzakarah kerana Umno tidak pernah menolak usaha-usaha positif ke arah itu, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu menurut beliau, pandangan berkaitan muzakarah yang ditimbulkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disusuli dengan pendirian Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah perkara baik dan ia tidak wajar terhenti separuh jalan.

“Kita tidak mahu usaha ini gagal sebagaimana cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan oleh pemimpin Pas pada suatu ketika, ia tidak berhasil apabila Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas tidak bersetuju.

“Akhirnya pemimpin Pas yang properpaduan terpinggir dan diganti pemimpin lain sehingga usaha itu terhenti.

“Bagaimanapun kita masih belum meletakkan noktah kerana kita mementingkan perpaduan,” katanya ketika mengadakan lawatan singkat ke pejabat Sinar Harian Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, Muhyididn yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Nik Abdul Aziz.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya.


Muzakarah UMNO-PAS Tidak Harus Dihalang – Dr. M

LANGKAWI 19 Mei – Pemimpin tertinggi Pas yang berbeza pendapat dengan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan UMNO tidak seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.

“Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam Pas tidak patut halang,” kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.

Ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) Langkawi di sini hari ini, Dr Mahathir berkata pemimpin Pas harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.

“Setuju atau tidak adalah soal lain… bolehlah muzakarah apa salahnya,” katanya.

Nik Aziz dilaporkan menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan UMNO namun beberapa pemimpin Pas termasuk Mustafa dan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Kenyataan Nik Aziz itu mendapat maklum balas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. – BERNAMA



KINI ADA SYARAT PULAK DAH
Kacau Bilau jadinya bila mula berbelit-belit. Macam nak lepaskan diri pula....

Muzakarah: Nik Aziz Letak Syarat





KUALA TERENGGANU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

“Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

“Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.

Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. – Bernama






Tiada ulasan:

Catat Ulasan