Khamis, 17 Mei 2012

risikan polis: Wujud Rancangan Rampas Kuasa Melalui BERSIH

Anwar dan Yahudi dahagakan SPRING



Bekas Ketua2 Polis mula bersuara. Semua rancangan Anwar sudah dihidu pihak risikan negara. Maklumat rahsia ini mendesak usaha segera menyedarkan masyarakat bahawa memang wujud komplot rahsia menghuruharakan negara. Parti politik seperti PAS dan PKR menjadi dalang disebalik BERSIH dan sentiasa mencari jalan untuk memangsakan pihak keselamatan supaya di cop sebagai zalim terhadap rakyat. Apa pula peranan DAP? DAP hanya melihat dari jauh dan berharap akan berlaku pertumpahan darah sesama kaum Melayu. PAS dan PKR diapi2kan dan dijadikan alat.

Betullah kata Lim Kit Siang pada hari2 sebelum peristiwa 13 mei lalu bahawa "Melayu Bodoh".

Berlakulah dolak dalik menafikan segalanya demi menjaga maruah. Pembangkang sekarang berada di bawah pengaruh elit Yahudi Antarabangsa. Ramai pengikut mereka tidak sedar, tetapi ia telah diketahui pihak berkuasa.

Slogan "Rakyat" atau People" merupakan slogan sosialis dan komunis. Ini semua membayangkan Pakatan Rakyat adalah pembawa idiologi komunis secara rahsia. 

Sudah jelas Anwar adalah pencipta Huru Hara di Malaysia. Ia akan dikenang dalam sejarah hitam Bangsa Melayu.



Tiga orang bekas ketua polis negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu.

Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.

Laporan itu adalah susulan daripada kenyataan perdana menteri bahawa penganjur berkenaan merancang untuk menawan Dataran Merdeka bermula 28 April sehingga Hari Buruh.

Hari Boroh ???? serupa dengan Slogan Revolusi zaman awal Eropah. Sosialis dan komunislah yang memulakannya atas hasutan Zionis. Sama kan?

Rahim berkata komplot untuk mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut, walau tidak diketahui oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Polis sebaliknya dapat mengesan ancaman terselindung seperti itu, Rahim lagi dalam laporan tersebut.

"Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang.

"Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain."

Musa pula dipetik sebagai berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan sebenar.

Pandangan Musa itu juga disokong Haniff yang berkata kenyataan perdana menteri berasas kerana berdasarkan maklumat risikan polis.

Tambahnya peluang untuk mengguling kerajaan seperti itu memang ditunggu oleh individu tertentu

Gelombang Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan