Selasa, 1 Julai 2014

Melayu oh Melayu - Dah Nak Cair








Hak Melayu semakin hilang
Benarkah Najib bertanggung jawab?

Dah terlambat dah. Bekas Hakim Tun Abdul Hamid terpaksa menerima hakikat yang golongan bukan Melayu semakin hari semakin lantang mempersoalkan hak orang Melayu. Mereka tidak lagi segan-silu seperti dulu. Mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk menghakis hak-hak orang Melayu sedikit demi sedikit tanpa kita menyedarinya.

Hak-hak mereka pandai pula mereka nak kekalkan. Bukan itu sahaja, golongan Kristian Evangelist mula berani mengganggu gugat kedudukan istimewa agama Islam di negara ini. Dulu mana ada anasir-anasir begini. Bukan kata nak mempertahankan hak-hak orang Melayu dan agama Islam, nak keluarkan kenyataan pun segan dan takut. Pemimpin Melayu apakah ini!

Kedudukan agama Islam semakin hari semakin diganggu gugat oleh puak-puak Kristian. Pemimpin Melayu tak berani nak angkat muka mempertahankannya. Bekas Hakim pun dah mula perasan akan 'keliberalan' dan kelembikan pemimpin Melayu. Sememangnya pemimpin yang memimpin orang Melayu sekarang bersifat liberal. Baik pemimpin tua atau muda. Semua undang-undang yang bertujuan mempertahankan dan mendaulatkan hak orang Melayu dibakul sampahkan. Kononnya nak nampak moden dan liberal. Semua undang-undang berbentuk pencegahan dihapuskan. Akta hasutan bakal menyusul tidak lama lagi. Orang Melayu tiada lagi 'shield' yang dapat mempertahankan dan menyelamatkan mereka.

Kedudukan agama Islam mulai goyah kerana ketiadaan undang-undag tersebut. Ini semua gara-gara negara dipimpin oleh pemimpin liberal. Lihatlah betapa agresifnya puak krisitian 'pursue their case' dalam isu kalimah Allah dan rampasan kitab bible. Mereka berani untuk berbuat sedemikian kerana mereka tahu tiada lagi sekatan seperti dulu. Mereka juga tahu pemimpin Melayu yang memimpin umat Melayu sekarang mempunyai bersifat liberal.

Sedihnya mengenang nasib orang Melayu yang dipimpin golongan liberal. Pemimpin pelapis pun liberal. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan, umat Melayu bakal menjadi pengemis di negara sendiri.
apa akan jadi kepada Melayu?

Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang. Antara lain, Dato Ambigar, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang....” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)
 Tun Abdul Hamid Mohamad (29 Jun 2014)


Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.

Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli- ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis.


Siapakakh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara senghaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.

Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang. Antara lain, Dato Ambigar, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang....” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.

Hal seperti ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam- peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.

Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.

Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang- undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?

Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.


Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.


(Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang- undang itu)

tahamidm@gmail.com www.tunabdulhamid.my

29 Jun 2014

*****************************




Tun Mahathir juga sekali lagi menulis mengenai isu Akta Hasutan yang mahu digantikan dengan AKta Harmoni. Pada Jun 12, Tun melalui artikel nya ( KLIK ) mengakhiri komennya dengan -

19. Sesungguhnya rang undang-undang ini akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

Kali ini Tun meluahkan kebimbangan beliau akan kesan terhapusnya Akta Hasutan kepada institusi Diraja -

6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.


.Dan artikel Tun diakhiri dengan -

8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.



Kenapa Tun Mahathir tulis - Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang. ?

SEKALI LAGI saya ingin bawakan persoalan sama seperti dalam kes kenyataan Shamsul CEO Petronas dan pelbagai lagi kes di mana kritikan dilemparkan terhadap pihak yang sering kita sebut sebagai PENASIHAT/ KONSULTAN tetapi orang yang bertanggungjawab MELANTIK, MENERIMA dan MENERUSKAN semua perkara yang kita kritik itu tidak pula kita sentuh !

Setelah berulangkali berlaku isu2 yang melibatkan pendirian LIBERAL yang meresahkan orang2 Melayu, tidak terfikirkah anda yang semuanya berpunca dari satu Kepala yang sama ?Seperti dalam kes MKPN ini -

SIAPA yang mengada-ngada melantik dan menubuhkan MKPN ?

Tapi si Kepala nya tidak pernah ada sesiapa yang berani kritik secara direct. Ahli2 MKPN yang sering kita sebut tapi tanpa keputusan oleh si Kepala tadi yang melantik dan memberi kuasa MKPN kepada mereka, benda2 itu tidak akan berlaku.

Siapa Kepala nya ? - Siapa lagi kalau bukan NAJIB , pemimpin Melayu Liberal yang menjadi Presiden Umno dan PM kita.

Yang lebih menghairankan saya , dalam waktu sama benda2 ni berlaku, UMNO terlopong ...... akur dengan keLIBERALan pemimpin2nya. Begitu juga mereka yang mendabik dada sebagai pejuang2 maya yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair .... semua turut sama akur dengan keliberalan Najib.

PS - KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib

*******************

AKTA HASUTAN


1. Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan dan menggantinya dengan Akta Harmoni dan Akta Uniti.

2. Kita sudah pun mansuh ISA dan Akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

3. Apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku.

4. Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

5. Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada.

6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

7. Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenar mereka yang berminat untuk mendiri Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.

dari 


1 ulasan:

  1. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    BalasPadam