Jumaat, 1 Jun 2012

Zuhrah-Kejora-Venus lintasi Matahari... kembar BUMI yang mati..


Zuhrah lintasi matahari 6 Jun
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

2012/06/01KUALA TERENGGANU: Orang ramai di negara ini dijangka berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari pada 6 Jun ini, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang.

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.

Katanya, ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.

Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.

“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.

“Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari,” katanya, di sini, semalam.

Baharrudin berkata, berikutan saiz planet zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’. 

“Apabila kita melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.

“Bagi masyarakat awam, fenomena lintasan planet zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata, di Kuala Terengganu, orang awam boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun ini, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak, manakala di kawasan lain, orang ramai boleh mengunjungi pusat cerapan di kawasan masing-masing.

“Fenomena ini hanya boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari. Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara,” katanya.

Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.

Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama. BH

Utarid50 juta km80 hari bagi satu pusingan
Zuhrah108juta km225 hari bagi satu pusingan
Bumi140 juta km365 hari bagi satu pusingan
Marikh230  juta km678 hari bagi satu pusingan
Musytari 770 juta km4015 hari bagi satu pusingan
Zuhal1428 juta km10 767.5 hari bagi satu pusingan
Uranus2870 juta km30 6605 hari bagi satu pusingan
Neptune4495 juta km60 275 hari bagi satu pusingan
Pluto7295 juta kmbelum diketahui

info mengenai Zuhrah/Venus/Kejora

Bintang ini mempunyai nama khusus dalam bahasa Melayu selain planet bulan.

Venus (Zuhrah/Kejora) - "Kembar" Bumi Yang Musnah


Venus, planet kedua di dalam Sistem Suria merupakan jiran Bumi yang paling hampir sekali. Terletak hanya sejauh 26 juta km dari planet Bumi, ia dikatakan sebagai kembar kepada Bumi kerana mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama, serta graviti dan komposisinya yang hampir sepadan dengan yang ada di Bumi. Namun ia telah mengalami kemusnahan akibat perubahan-perubahan ketara yang berlaku di cakerawala sejak berbillion tahun dahulu.


Venus melengkapkan pusingannya mengorbit Matahari selama 224.7 hari Bumi. Ia merupakan objek yang paling cerah di langit malam (kecuali bulan) dan mampu mencapai magnitud sehingga -4.6. Venus mencapai kecerahannya yang maksimum sejurus sebelum terbitnya Matahari atau selepas terbenamnya Matahari. Sebab itu ia sering saja digelar sebagai Bintang Pagi atau Bintang Petang.

Venus berputar secara sangat perlahan dan songsang di atas paksinya semasa mengorbit Matahari. Putaran secara songsang (Reverse Spin) ini dikatakan terjadi akibat daripada interaksi medan magnetik planet tersebut dengan planet-planet lain di sekitarnya termasuk Bumi. Jadi di Venus, Matahari dilihat terbit dari arah barat dan terbenam di sebelah timur.

Venus juga merupakan antara planet yang paling panas di Sistem Suria, dengan suhunya yang mampu mencapai sehingga 900-1000 darjah F. Pakar sains angkasa mengandaikan Venus suatu masa dulu merupakan sebuah planet yang lengkap termasuk mempunyai lautan air yang sangat luas. Namun, ia musnah akibat kesan rumah hijau yang berlaku kepadanya hampir 1 billion tahun dahulu. Ia bermula apabila air dari lautan yang luas tersejat ke permukaan atmosferanya tanpa kawalan lalu membebaskan gas-gas karbon dioksida (CO2) yang seterusnya bergabung dengan gas-gas berbahaya lain yang sedia wujud di atmosfera lalu membentuk sulfur dioksida (SO2) yang akhirnya membentuk awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Kini, 95% kandungan atmosfera Venus adalah CO2. Kesan ini mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekosistem Venus dan meningkatkan suhu planet tersebut secara mendadak sehingga menjadi sebuah planet yang dipenuhi lautan alrva yang panas mendidih.




Pada awal tahun 1990, NASA telah melancarkan sebuah misi ke Venus melalui kapal angkasanya,

Magellan. Kapal angkasa ini telah berjaya mendarat di permukaan Venus pada hari selasa, 11 Oktober 1994 setelah mengorbitnya selama 4 tahun.




Terdapat teori yang mengatakan bahawa Bumi akan turut menerima nasib yang sama seperti Venus beberapa juta tahun akan datang akibat daripada kesan rumah hijau dan pemanasan global yang sudahpun melanda Bumi kini. Namun terdapat juga teori yang mengatakan bahawa Bumi merupakan planet yang unik yang mempunyai mekanismenya yang tersendiri untuk menstabilkan keseluruhan dirinya sendiri. Ini bersandarkan rekod-rekod yang dikumpul saintis sejak ratusan tahun lampau.
http://atehfaisal.blogspot.com/2009/12/venus-zuhrahkejora-kembar-bumi-yang.html

Adakah ia memberi makna bahawa satu masa dahulu Zuhrah adalah pelanet kediaman makhluk manusia sebelum bumi? Pengkaji sains suria sedang cuba mengenal pasti teori ini walaubagaimana pun belum mendapat sebarang bukti kukuh.

2 ulasan: