Sanggupkah NANM sertai UMNO jika Najib
lakukan transformasi ke arah Islam?
Mungkin Juga "TIDAK"
29 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Matlamat syariah perlu diterap dan diutamakan sebagai model strategik pentadbiran dalam usaha pembangunan ke arah memantapkan kemajuan dan keharmonian negara, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Beliau berkata elemen "Maqasid Al-Shariah" itu perlu lebih dititikberatkan dalam dasar pembangunan sedia ada agar perlaksanaannya lebih bersepadu dan holistik.
"Dasar pembangunan negara yang antaranya mengutamakan ekonomi, pendidikan, pertanian, kekeluargaan dan lain-lain elemen kebanyakkannya diasingkan dan tidak diseragamkan menjadi dasar yang komprehensif.
"Dasar pembangunan yang sedia ada boleh dikemaskan lagi secara menyeluruh dan dirangkumkan dengan satu dasar pembangunan yang menerapkan lima teras Maqasid Al-Shariah agar dasar tersebut lebih bersepadu, seragam dan selari dengan peredaran zaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar dua hari ini mengenai "Teori dan Aplikasi Prinsip Maqasid Al-Shariah" di sini hari ini.
Nik Mustapha berkata objektif utama Maqasid Al-Shariah ialah untuk memelihara kesejahteraan manusia yang terletak pada lima teras iaitu menjaga agama, jiwa, intelek, keturunan dan harta.
Beliau berkata kelima-lima perkara tersebut boleh menjadi keperluan utama kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan dan politik, selain pengurusan secara menyeluruh masyarakat majmuk.
Ia merupakan teras terpenting dalam memperkasakan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip Maqasid Al-Syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik, katanya.
Menurut Nik Mustapha, menerusi Maqasid Al-Shariah, semangat kerjasama dan kekitaan dapat ditingkatkan, tidak hanya melihat skop kerja sendiri dan menjaga Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi masing-masing.
Beliau berkata perlu melihat negara secara keseluruhan, sebagai contoh Kementerian Pertanian melihat tindakan Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian lain agar selari dan matlamat dapat dicapai secara
bersama," katanya.
Nik Mustapha berkata melalui pergerakan masa dan perubahan suasana, kefahaman tradisional tentang Maqasid perlu dilihat semula kerana negara berdepan pelbagai cabaran yang menuntut penyelesaian praktikal sesuai dengan keadaan pada hari ini.
"Kepimpinan negara perlu melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang dibenarkan dan bukan sebaliknya melalui paksaan atau berasakan totalitarian kerana kekangan terhadap kebebasan individu secara keterlaluan akan memberi kesan negatif terhadap potensi individu dan kumpulan tertentu dalam masyarakat.
"Namun kebebasan dan hak asasi manusia bukan tiket untuk melanggar fitrah alam dan prinsip agama dengan terlibat dalam amalan songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Amalan seperti itu hanya akan membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial dan meruntuhkan masa depan negara kerana tiada penyambung keturunan untuk mengemudi negara," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan