Beginilah nasib seorang pejuang. Tak semena-mena taktiknya tidak menjadi. Usahanya untuk membelasah musuhnya kerana gagal melaksanakan hudud telah menikam dirinya sendiri apabila rakan sebantal mereka DAP menyergahnya. Dari sini kita dapat lihat sejauh mana PAS mampu melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan PR nanti. Jika Karpal pun dia tak mampu kuasai, bagaimana dia mahu kuasai seluruh PR?
Jika dahulunya mereka amat bersemangat untuk menghentam BN kerana tidak mampu melaksanakan hudud, bagaimanakah dengan diri mereka? Mampukah mereka laksanakannya bila memerintah kelak? Mereka tewas sebelum bertanding. Amat mengecewakan.
Hj Hadi atau Nik Aziz kini tidak lagi membuka mulut melawan sergahan DAP. Tinggallah hudud dalam simpanan sejarah. Jika tidak mampu memperjuangkannya, janganlah hendak menyalahkan lawan. Sebagai seorang ulama, amat memalukan setelah tertelan lidah sendiri.
Apakah PAS lebih baik dari UMNO dalam memertabatkan Islam? PAS tidak lagi relevan selagi berseketiduran dengan Karpal Harbi ini.
Hero Pakatan: PAS jangan memandai
Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat atau akan dikenakan tindakan.
Karpal berkata, Abdul Hadi tidak layak bercakap bagi pihak pakatan rakyat tentang akan melaksanakan hudud jika berkuasa.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi. Tiada apa-apa akan berlaku jika Pakatan Rakyat menang.
"Saya memang cukup kecewa dengan Hadi sejak akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya menegaskan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kami(DAP) langsung tidak bersetuju," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Jangan pandai-pandai buat kenyataan bagi pihak pakatan rakyat", tegas Karpal Singh
Difahamkan selepas kenyataan keras Karpal Singh, Haji Hadi terus diam membisu tanpa sebarang maklum balas. Apa pula juak PAS akan komen selepas ini? Masih mahukan HUDUD setelah diterkam oleh singa (Singh) belaan mereka?
Haji Hadi perlu pijak dibumi yang nyata, kini PAS berada dalam kumpulan kafir Harbi yang tidak pernah menerima Islam. Apa yang DAP buat selama ini hanyalah lakonan semata-mata. Haji Hadi terperangkap dengan kebodohannya semata-mata untuk mengejar jawatan dunia.
Apa pun sebagai orang Islam kita amat sedih dan kasihan kepada Hadi Bin Awang, pemimpin Islam yang tinggi martabatnya telah tersembam kedu dikaki Kafir Harbi yang mereka kasihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan