Isnin, 27 Oktober 2014

Orang Ajaib


anwar wan azizah nurul izzah
















Talian hayat terakhir Anwar sebelum keputusan rayuan kes liwat II diputuskan pada 29 Oktober ini memaparkan gambar Anwar bermesra dengan cucunya tersebar meluas di media sosial.

Setelah kempen jelajah dan flashmob Rakyat Hakim Negara yang dilancarkan seluruh Malaysia tidak mendapat sambutan, Anwar bermain dengan sentimen emosi untuk meraih simpati rakyat. Mainan politik simpati adalah lumrah bagi Anwar. Jika sebelum ini, airmata isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah dieksploitasi demi meraih simpati, kini giliran cucunya pula mengambil tempat. Betapa terdesaknya Anwar.

Pelik pula. Sebelum ini Anwar juga menggunakan alasan sakit belakang apabila aktiviti seksnya dipersoalkan, boleh pula dengan gagahnya Anwar menghayun cucunya. Tak sakit pula ye. Pelik dan hairan. Penyakit sakit belakang Anwar bukankah ke tahap kronik sehingga terpaksa terbang ke Munich, German pada September 2004 sebaik sahaja terlepas dari penjara Sungai Buloh?

Demi meraih simpati, tiba-tiba sakit belakang Anwar sembuh serta merta. Ajaib. Bertambah ajaib ini mengingatkan penulis dengan dakwaan kononnya Anwar telah di suntik HIV dan diracuni Arsenik semasa dalam tahanan tetapi masih sihat walafiat walaupun kejadian telah berlaku lebih sepuluh tahun.

Sesungguhnya Anwar bin Ibrahim adalah seorang yang amat hebat dan ajaib. Elok beliau dijadikan bahan ujikaji saintifik bagaimana seorang manusia biasa boleh menjadi sebegini ajaib.

http://klxpress.com.my/?p=19374


Adakah Anwar akan bebas atau dipenjara 5 tahun?

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Baca lagi di sini 

KUALA LUMPUR, – Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, menambah atau mengurangkan hukuman penjara, atau meminda sabitan kesalahannya?

Persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikiran masyarakat umum sambil mereka menunggu pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Okt ini terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.

Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.

Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Begitu juga apabila rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April, menyatakan”perlu diambil maklum bahawa sebahagian besar daripada permohonan penangguhan dibuat berikutan responden (Anwar) memfailkan satu demi satu permohonan”.

Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi politik. Bagaimanapun, peguam kanan Datuk N. Sivananthan memberitahu Bernama apabila seseorang itu didakwa, ini berdasarkan hakikat bahawa pendakwaan berpendapat ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.

“Jadi, saya percaya pihak pendakwaan bertindak tanpa dipengaruhi tekanan politik. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, ia sesuatu yang mendukacitakan bagi sistem kehakiman jenayah kita,” kata Sivananthan, yang juga peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Beliau berpendapat apabila pihak pendakwaan mendakwa seseorang, ia dibuat berdasarkan keyakinan bahawa dakwaan itu boleh membawa kepada sabitan. Beliau sesungguhnya berharap rayuan itu diputuskan semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukannya atas sebab lain.

Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam Anwar, mengesahkan pendengaran kes itu akan diteruskan pada 28 dan 29 Okt.

Ditanya sama ada Mahkamah Persekutuan akan terus membuat keputusan selepas mendengar rayuan itu seperti yang dilakukan Mahkamah Rayuan dalam perkara berkaitan rayuan pendakwaan atau sama ada panel hakim yang bersidang akan membuat penghakiman pada tarikh lain, Ramkarpal Singh berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.

Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, memberi terus keputusan lisan selepas mendengar rayuan itu selama dua hari.

Ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan itu, Ramkarpal Singh menjawab “semakan bergantung kepada keputusan mahkamah”.

Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sungguhpun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah, umumnya perkara ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa.

Dalam rayuannya, Anwar akan diwakili sepasukan peguam terkemuka diketuai Datuk Sulaiman Abdullah yang mengambil alih sebagai peguam utama berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Pada 14 Okt, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa Muhammad Shafee adalah orang yang sesuai dan layak mengetuai pasukan pendakwaan, sekali gus menamatkan usaha ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara ‘fiat’ (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Balia Yusof, dalam keputusan lisannya ketika mensabitkan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful, berkata panel hakim sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.

Hakim Balia Yusof dan dua hakim lagi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, memutuskan bahawa keputusan mahkamah mensabitkan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful adalah kukuh memandangkan terdapat keterangan mencukupi yang boleh disahkan dan dibuktikan.

Mahkamah berkata malah jika diandaikan tiada fakta untuk menyokong keterangan Mohd Saiful berkaitan penetrasi dubur, namun sabitan terhadap Anwar adalah kukuh.

Panel itu turut memutuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika membela diri dalam dakwaan liwat merupakan penafian semata-mata yang tidak menimbulkan sebarang keraguan dan untuk Anwar berjaya dalam pembelaan dirinya, menjadi kewajipan padanya untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal dakwaan itu.

Bagaimanapun, Anwar tidak langsung menafikan bahawa beliau berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan, kata panel itu.

“Beliau tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat masuk dan keluar dari kondominium pada masa yang dinyatakan. Beliau juga tidak mempertikaikan bahawa beliau dilihat memasuki lif untuk ke tingkat lima kondominium dan kemudiannya beredar dari situ,” kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

1 ulasan:

  1. mengatakan anwar didapati BERSALAH meliwat azizan dan kena hukum 5 tahun adalah kebodohan kerana tidak teliti.

    anwar kena 5 tahun atas kesalahan menyalahguna kuasa. bukan liwat.

    hukuman utk liwat adalah 20 tahun dan sebatan.

    anwar sakit belakang tapi boleh hayun cucu.

    ini teori bodoh ke2. sakit slip beliau dh lama dan dh semakin baik. hayun cucu baru lagi, slip disc tahun 1998.

    penulis cuba sedaya upaya utk kaitkan anwar dgn illuminati dan zionist. INILAH KEJAHATAN PENULIS SEBENARNYA.

    apakah pemimpin umno sgt suci dpd freemason, illuminati dan zionist?

    apakah zionist bodoh membiarkan umno memerintah tanpa dapat di tundukkan? kalau benar maka dh lama Malaysia kena serang oleh US mcm di iraq.

    KES LIWAT ADALAH FITNAH KONSPIRASI UTK MENJATUHKAN ANWAR oleh tgn2 zionis melayu.

    penyatuan semua bangsa dalam PR adalah masalah besar bagi parti perkauman dan zionis. mereka kehilangan satu elemen pecah belah yg ampuh seperti peristiwa 13 Mei yg tidak lagi relevan sekarang.

    isu agama dan bangsa sudah mampu dihadapi oleh rakyat dgn rasionalnya. dan ia hasil ujudnya PR yg tidak membina perjuangan atas asas bangsa tapi ATAS ASAS MENOLAK PEMERINTAH YG KORUPSI MENYELEWENG DAN MENEKAN RAKYAT.

    penulis mungkin seorg agen apco.

    BalasPadam