Isnin, 23 April 2012

Proton cipta enjin ringan berkuasa "CFE": Malaysian Tech - Proton Prevé menjimatkan bahan bakar

PROTON kaji kehendak, keperluan kumpulan sasaran sebelum bina kenderaan


ENJIN Kecekapan Bahan Api Tercas (CFE) Campro - CFE (Charged Fuel Efficiency) turbo engine, yang dimajukan oleh PROTON Holdings Bhd dan dipasang pada model Exora Bold dan P3-21A, direka untuk memenuhi semua syarat dan keperluan yang dikehendaki pasaran eksport syarikat.




Pengarah Kejuruteraannya, Tajul Zahari Abu Bakar, berkata ia mengambil masa 24 bulan untuk memajukan enjin CFE Campro itu.

“Kami bukan hanya memajukan enjin dan transmisi, tetapi ia dilakukan sekali dengan mereka bentuk kereta. Ia adalah satu aktiviti pakej bersama.

“Tidak kurang daripada 170 kenderaan diuji dan membabitkan jarak keseluruhannya tidak kurang sejuta kilometer. Kami turut melakukan ujian MPH (batu sejam) dalam cuaca panas dan sejuk,” katanya pada Pameran PROTON Power of 1 Bukit Jalil, semalam.

Tajul Zahari berkata, PROTON turut menghantar pasukannya ke pasaran sasaran untuk memahami apa keperluan khusus pasaran berkenaan.

“Contohnya, kami menghantar kakitangan ke Indonesia untuk mereka fahami bagaimana keadaannya pengguna memandu kenderaan sekitar waktu puncak.

“Kami juga hantar kakitangan ke China, India dan Asia Barat untuk memahami bagaimana mereka memandu agar dapat menyesuaikan produk ke pasaran itu.

“Untuk pasaran yang lebih besar, kami hantar pasukan ujian untuk melakukan analisis data pengguna mengenai pelbagai mod pemanduan kerana rantau yang berbeza mempunyai corak pemanduan yang berbeza. Itu memang perlu difahami dengan mendalam,” kata beliau.

Enjin CFE Campro pada asasnya adalah variasi prestasi tinggi enjin Campro PROTON yang mampu memberikan kuasa tanpa menggunakan enjin yang lebih besar.

“Terdapat dua cara bagaimana kita boleh mendapatkan kuasa tambahan daripada enjin. Satu dengan saiz enjin yang lebih besar tetapi lebih mahal dan berat.

“Satu lagi pada dasarnya ialah mempunyai bahan yang sedikit dan ringan tetapi dengan output yang lebih besar ataupun sama. Kami berjaya melakukannya dengan CFE, enjin yang memberi kuasa kepada Exora Bold dan P3-21A,” katanya.

Tajul Zahari berkata, cabaran terbesar ialah memastikan apa saja produk yang dimajukan mempunyai kuasa yang jimat dari segi kos dan memenuhi prestasi yang dikehendaki.

“Kami menggunakan amalan mereka bentuk tetapi tidak membabitkan banyak kos. Tiada gunanya mencipta sebuah kereta yang terlalu mahal. Keseimbangan kos dan prestasi amat dititik beratkan dan ia disepadukan,” kata beliau.

Mengambil P3-21A sebagai contoh, model itu bukan hanya mengetengahkan ciri penambahbaikan kelajuan dan penggunaan bahan bakar tetapi juga kos pemilikan turut diambil kira ketika fasa pembangunan.

Tajul Zahari berkata, bergerak ke hadapan, pengecilan enjin akan diteruskan.

“Malah negara seperti Arab Saudi, mereka mahu memandu kereta yang lebih kecil. Untuk kebanyakan pasaran sekarang, yang mana setiap dolar dan sen itu penting, kecekapan bahan bakar adalah kuncinya. Tetapi, sudah pastilah, ada juga yang mahukan kereta besar,” kata beliau. – BERNAMA




Preve model terbaik pernah dihasilkan
Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Proton Preve menepati reka bentuk kontemporari yang disukai ramai.

KIRA-KIRA dua tahun lalu, sekumpulan kecil wartawan dibawa ke bilik rahsia di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton di Shah Alam. ‘Rahsia’ kerana bukan sahaja wartawan dikehendaki membuat aku janji untuk tidak melaporkan atau menyebarkan perihal acara itu tetapi juga kerana tingkap bilik tersebut ditutup dan hanya jurutera serta juruteknik bahagian itu dibenarkan memasuki bangunan.

Di dalamnya, sebuah model kereta yang diperbuat daripada tanah liat tetapi ‘lengkap’ sifat luarannya, dipertontonkan. Kumpulan wartawan tersebut diberi masa membelek dan meneliti reka bentuk kereta. Kemudian, seorang demi seorang bangun memberi pendapat, yang butirannya dicatat oleh jurutera-jurutera Proton.

Berdasarkan pendapat yang dikeluarkan oleh rakan-rakan wartawan yang juga terdiri daripada beberapa penganalisis industri automotif veteran, reka bentuk model Proton baru ini menerima ulasan positif.

Model tanah liat tersebut menggambarkan ciri-ciri yang ke hadapan dan paling penting, memiliki semua aksesori badan seperti lampu isyarat pada cermin sisi, ruang but yang besar dan lampu LED siang hari. Ketika itu, kereta jenama Korea belum memasuki pasaran atau dilahirkan pun di kilangnya. Reka bentuk Preve lahir daripada kreativiti tulen jurutera Proton yang merupakan anak Malaysia.

Ketika itu, Proton sedang sibuk memperkenalkan model yang ditukar jenama iaitu Proton Inspira dari Mitsubishi Lancer dan masih hangat dengan pengenalan model kenderaan pelbagai guna Proton Exora.

‘‘Pembangunan model diberi nama kod P3-21A memerlukan masa. Kita memutuskan untuk melancarkan Proton Inspira bagi mengisi jurang yang ada dan bila P3-21A ini dilancarkan kelak, kita akan susun semula model-model Proton supaya tidak bertindih,” jelas Pengarah Urusan Proton Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir kepada Utusan Malaysia ketika itu.

Pada 4 April lalu, Syed Zainal Abidin mengumumkan secara rasmi nama model P3-21A ini iaitu Proton Preve (disebut prey-vey) dan kemudian, satu sesi pandu-uji dilakukan dari Putrajaya menuju ke Mantin menggunakan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Ia juga menandakan bermulanya penyiaran gambar Preve di dalam internet, hasil rakaman gambar orang ramai di sepanjang jalan tersebut.

Dengan enjin berkapasiti 1.6 liter, Preve bersaing secara langsung dalam Segmen C dengan model-model Toyota Vios, Ford Focus, Honda City dan Kia Forte. Perbandingan tidak akan dapat dielakkan antara Preve dengan jenama-jenama kereta ini.

Bagi penyusunan semula model-model Proton, kehadiran Preve menyaksikan Proton Gen.2 dikhususkan untuk pasaran eksport manakala Proton Persona hanya ditawarkan B- Line (transmisi manual) RM46,713 dan (automatik) RM49,713 seunit. Dua lagi varian Persona iaitu M-Line dan H-Line ditamatkan. Ini bermakna Persona B-Line akan diletakkan di bawah Preve, sementara Proton Inspira (enjin 1.8 liter dan 2.0 liter) berharga antara RM78,565 dan RM91,565 seunit sebagai model teratas.

Preve didatangkan dalam tiga varian iaitu model Executive mengguna transmisi manual lima kelajuan berharga RM59,990 seunit, model Executive CVT atau Continuous Variable Transmission dengan enam kelajuan (RM62,990 seunit). Kedua-duanya menggunakan enjin Campro IAFM+ manakala model tertingginya iaitu Premium CVT menggunakan enjin Campro CFE dengan transmisi tujuh kelajuan ProTronic ialah RM72,990 seunit.

Bagi enjin Campro IAFM+, ia memiliki kuasa maksimum 80 kW pada 5750 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 150 Newton meter (Nm) pada 4000 rpm. Kelajuan maksimumnya ialah antara 170-180 km sejam (km/j).

Model Premium CVT pula menawarkan kuasa enjin maksimum 103 kW pada 5000 rpm dan kuasa kilas 205 pada 2000-4000 rpm. Ia boleh dipacu sehingga 190 kmj walaupun semasa sesi pandu uji tempoh hari, kami mencatat kelajuan 210 kmj.

Daripada segi keselamatan, varian Premium CVT adalah lengkap. Beg udara bagi pemandu dan penumpang beserta beg udara sisi, selain dengan ABS dan EBD, BA dan Traction Control adalah dipasang standard.

Satu ciri keselamatan penting pada Preve ialah ESP (Kawalan Kestabilan Elektronik). Difahamkan, ia adalah sebagai persediaan Proton untuk memperkenalkan Preve ke pasaran Australia, yang mewajibkan setiap kenderaan dipasang ESP. Teknologi ini tidak dipasang pada banyak kereta Jepun atau Korea pada harga bawah RM100,000.

Ciri mewah pada Premium CVT ialah butang menghidupkan enjin, sistem pengesan hujan dan cuaca iaitu dengan menyalakan lampu apabila gelap; pengelap cermin automatik, auto cruise, lampu LED dan bagi yang mahu ‘bermain’ dengan kereta, ia memiliki penukar gear pada kemudi stering (paddle shifters).

Mengekalkan ciri-ciri mesra-keluarga, ruang kabinnya memiliki banyak tempat meletak barang termasuk empat cangkuk untuk menggantung plastik makanan iaitu dua cangkuk hanger baju, satu cangkuk di tepi kotak glove dan satu pada tengkuk kerusi penumpang depan.

Preve tidak menggunakan sistem gantungan (suspension) torsion beam seperti Exora sebaliknya sistem gantungan multilink ciptaan Proton sendiri yang lengkap dengan trailing arm dan coilovers. Pemanduan di lebuh raya berombak tidak menjadi gangguan kepada keselesaan dan fokus pemandu.

Menggunakan mod S pada transmisi CVT ProTonic dan beralih pada paddle shifters, tidak mengurangkan kejituan pengendalian dan dibantu oleh kemudi stereng yang lebih bertindak balas, kita jadi terlupa sebentar bahawa Preve hanyalah berkapasiti 1.6 liter kerana ia berfungsi seperti model 2.0 liter.

Rumusannya? Tanpa rasa berat sebelah atau patriotik melulu, Proton Preve adalah hasil teknologi terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton sehingga kini. Bermula dari reka bentuknya yang kontemporari, ciri-ciri aksesori dan keselamatan pada badan sehinggalah kepada keupayaan enjin dan prestasi pemanduan, Proton Preve pasti jadi pilihan ramai dan boleh dieksport ke luar negara dalam erti kata sebenar. Pakej pada Preve adalah lengkap dan memenuhi cita rasa serta kehendak pembeli hari ini. utusan online




Proton Prevé Sapphire

Proton Prevé launch last night at the MIECC, a special version of the car was also seen – the Sapphire, as it’s called, is a concept drawn up by Proton Design to showcase the possibilities with the Prevé.
The car features a matte gun-metal finish, and the shade does look very fetching in the metal. Changes from the base version include a dark tan leather interior and two-tone five-spoke 18-inch alloys wrapped with Yokohama S.drive 225/40 series rubbers. Oh, and the braking system elements and ride height have seen changes as well.

There’s also a new, dynamic-looking front bumper, which transforms the nose and tightens the frontal presentation of the car – Proton’s head of styling, Azlan Othman, mentioned that the bumper is set to see the light of day at some point in the future.


Also on, new side skirts and a revised rear bumper, with additional lip strapped on. There’s plenty of contrast play against the matte exterior shade finish – silver highlights on the bumpers, brushed metal bits and window-frame chrome bezels dress things up further.

It looks sharp, the Sapphire. Word has it that this is a bit of a peek into what may turn out to be a Special Edition version in the months ahead. Like what you see?











We Love Proton CFE turbo
















Proton Preve (Prevé) Launched! Premium with CFE Turbo

Proton Preve (Prevé) has officially launched. The new Proton product named Prevé is the official name for the highly awaited Proton P3-21A as referred by Proton before launching. First off, why and what’s Prevé, the name pronounced as (pray-vay) is derived from the word “Preve” which means to prove a point.




 





Proton Preve comes in 2 variants, which is Premium & Executive. The Proton Preve Premium will be the one equipped with CFE (Charged Fuel Efficiency) turbo engine. The Preve Premium will pump out 138bhp & 205NM of torque from the 1.6-litre Campro engine. The max torque kicks in early at a low rpm from 2000 to 4000 rpm. Which Proton claims the best acceleration vehicle in its class. On paper, the Proton Preve CFE Turbo will do 9.6 seconds from 0 to 100km/h.

  

The Proton Preve Premium (the one with CFE Turbo) is mated with a 7-speed ProTonic gearbox and comes with a special “S” mode for or sportier driving experience. Yet, the gear change claims to be smooth and still be fuel economy. To do that, drivers can enjoy paddle shifters on the Proton Preve (Premium) steering wheel. Proton engineers has spend a substantial amonut of time to the Proton Preve interior. It looks good for now, but we are yet to inspect to provide a more detailed report later. The Proton Preve Premium is built-in with a GPS with in-car entertainment LCD system, where as other variant will get a portable GPS device.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan