Khamis, 5 Januari 2012

PAS dan Gagasan Pemberontakan 9 Januari 2012 untuk siapa?

Mana Hala Orang Islam aka Melayu?



Kita wajib perkatakan dilema PAS. Satu satunya parti dalam demokrasi Malaysia yang berpaksikan Islam. Mempunyai nama Islam. Dipimpin sepenuhnya oleh orang Islam berpendidikan agama. UMNO hanya berpaksi bangsa Melayu. Tidak dinafikan dalam perlembagaan negara Melayu itu adalah Islam walaupun cuba diubah atau dinafikan oleh tangan jahat supaya Melayu tidak lagi mewakili Islam.

Masalah Melayu juga tidak lari dari masalah Islam. Hanya mereka berkepentingan jahat sahaja cuba menafikannya.

UMNO harus berubah kepada parti Islam supaya setiap gerak dan perjalanannya mendapat restu Allah dan membuahkan kebajikan. Akhirnya menyerap PAS dalam satu gagasan besar yang akan menjaga Islam secara total ditokok pula dipayungi YDP Agong dan Raja-Raja Melayu yang berperanan menjaga Islam sejak zaman penjajahan lagi.

PAS berada dalam landasan betul, jika mereka MEMIMPIN Pakatan Rakyat bukan hanya sebagai rakan kongsi. Dalam lain perkataan jadi "pak turut".

Mereka sewajibnya mencaturkan halatuju pembangkang, menjadi pengemudi dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim. Mereka sewajarnya berkuasa memberitahu apa yang boleh atau tidak boleh dalam Islam untuk kefahaman bukan Islam, menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.

Jika demonstrasi atau apa jua namanya dianjurkan oleh PAS di mana matlamat, tujuan serta isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah, maka semua muslim di Malaysia wajib sertainya. Berdosa jika ingkarinya. Berjuang biar atas jalan benar bukan jalan palsu bermotifkan duniawi. Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu. Allah pasti bersama kita.

Lawan tetap lawan. Lawan untuk siapa? Lawan demi Allah Azza Wa Jalla. Yang menciptakan saya dan kamu. Baharu betul nama perjuangan yang di redhai Allah. Bukan lagi retorik pergunakan agama demi kuasa sejemput. Nyata ia bukan kerana Alllah.

Bilakah keadaan ini akan berlaku? Apakah ia amat mustahil? Apakah situasi semasa akan memberi peluang kepada kuffar mengambil alih pemerintahan di  Malaysia? 

Umat Islam sendiri memberi laluan mudah untuk diperintah oleh kuffar. Itu adalah keyataan walaupun ia tidak dapat diterima oleh penyokong PKR dan PAS.

Sejahat-jahat UMNO tidak rela negara diperintah oleh kuffar, apakah PAS dan PKR mempunyai iltizam yang sama?

Siapa yang sebenarnya mengaturkan agar Umat Islam Malaysia bangun memberontak? Siapa yang menjadi dalangnya? Untuk siapa? Demostrasi dirancang dengan perbelanjaan besar, siapa yang membiayainya?

Kenapa Iraq sehingga hari ini masih belum aman ???????????? Jangan jadi bodoh... berhentilah jadi pengikut taghut yang memakai pakaian manusia suci.... Allah dah turunkan banyak petanda tetapi kita masih lagi "bodoh". Kenapa?

Butakah mata kita apa yang berlaku di Libya yang kini masuk fasa perang saudara antara kabilah? Butakah mata kita melihat Mesir yang terus bergolak? Butakah mata kita melihat apa yang sedang berlaku di Syria?

Siapa yang untung dari kekacauan yang terjadi?

Adakah kematian mereka di jalan raya itu berbaloi dan mendapat redha Allah? Lihat.... jangan jadi orang buta dan bodoh. Orang Islam tidak sewajarnya menjadi orang buta dan bodoh... kecuali mereka yang suka dibutakan dan dibodohkan.

Jangan pula nanti kata saya penjilat UMNO, nanti anda akan dipersoal di akhirat kelak... saya berlepas tangan dari politik demokrasi bernajis ini. Cuma mempergunakan demokrasi bagi selamatkan Islam sehingga  masa bangunnya penjaga Islam sebenar. 



1 ulasan: