BN sedang hadapi kemelut yang sukar diselesaikan dalam masa terdekat. PR semakin yakin menguasai pemikiran rakyat.
Itulah fenomena semasa yang mungkin memberi impak besar kepada cara hidup rakyat Malaysi mulai 09.01.12 yang akan jadi tarikh penting baru.
Dunia Melayu berubah secara drastik kerana terdedah kepada beberapa beberapa kejadian luar dugaan. Dalam masa yang sama anasir luar dalam bentuk negative charge mengambil laluan rahsia menyusup di celah kecamukan pemikiran yang luntur. Ia boleh ditafsirkan sebagai kekecewaan terhadap harapan yang ikut merosot.
Kebaikan tertutup dan kepuraan mengambil tempat sekaligus, kebenaran hilang dari persada minda. Orang Melayu hilang fokus menjadikan mereka mudah dimangsakan. Pendustaan dan fitnah merebak bagai banjir kilat mengisi kekosongan minda yang keliru. Itulah yang boleh digambarkan hasil dari kekacauan minda manusia Melayu yang hilang arah.
Lebih membimbangkan, agama suci juga ikut tercemar. Kedegilan menerima pesanan dan nasihat menambahkan keparahan sedia ada. Malang pula bagi bangsa unik ini untuk kembali kepada keupayaan hebat masa lalu. Terbenam bersama sampah dan kotoran yang melimpah ruah dalam kehidupan mereka.
Islam menjadi mainan manusia rakus yang ingin mengecap nikmat keduniaan. Lahirlah Islam Liberal yang digagaskan oleh USA dan sekutu mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan