Isnin, 23 Disember 2013

UMNO dan Menteri dungu !! Kesian Melayu !!


RIDHUAN TEE ABDULLAH
23 Disember 2013



KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.

Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.

Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.

Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.

Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.

Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.

Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.

Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.

Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.

Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.

Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.

Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.

Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.

Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.

Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.

Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.

Kerajaan Najib akan terlungkup kerana terkejarkan 
status negara maju


Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.

Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam.

Sabtu, 2 Februari 2013

Kejayaan Anwar membawa wajah baru kepada PAS

Sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan rakan kongsi. Agama dipermainkan dan dihina asalkan ia disukai oleh musuh Islam (kristian). Berselindung disebalik tudung anak bini, kini dia dengan megah mendesak supaya kerajaan membenarkan "Allah" dibenarkan disebut sebagai salah satu dari tiga tuhan kritian.

Musuh Islam Dalam Selimut
Kenapa Nik Aziz Tak Sedar?


Desakan kumpulan ulama PAS dalam majlis syura mereka memberikan tamparan ke mukanya dan kini menggunakan Tim. Presiden yang tak berkelayakan agama ditarik masuk dalam majlis syura untuk menghuruharakan PAS pula. Selepas ini orangnya dalam PAS akan mengganyang para ulama PAS dan sebahagian besar (yang tak sebulu dengannya) pasti akan terpelanting sebagaimana Nasya dan Hasan Ali. Siapa yang sebenarnya berkuasa dalam PAS sekarang, saya fikir semua sudah tahu. 

Kejayaan Anwar membawa wajah baru kepada PAS - 'Demi politik agama boleh dipersenda'. #

Anwar membawa pakatan pembangkang lawan autoriti agama?



Sebahagian besar jabatan agama negeri sudah mempunyai enakmen atau peraturan mengenai salah guna kalimah Allah dan kalimah-kalimah yang lain. Hampir semua mufti juga mempunyai pandangan yang sama mengenai perkara ini. Sudah sampai masanya tindakan diambil kepada yang ingkar.

Raja-raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri masing-masing banyak yang sudah menyatakan sikap bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sesuka hati. Majlis Fatwa negeri dan negara telah membuat keputusan yang sama. Majlis Agama negeri pun mesti tegas.

Autoriti atau bidang kuasa mengenai hal-hal agama bukan milik Anwar Ibrahim dan DAP malah bukan juga milik Pas. Majlis Syura Pas sepatutnya seiring dengan keputusan pihak lain yang berautoriti secara syarak dan perundangan.

Siapa Lim Guan Eng mempersoalkan penggunaan kalimah Allah bagi versi Melayu Bible sedangkan pihak yang berautoriti bukan dirinya. Siapa Anwar yang membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah Allah itu boleh, sedangkan itu bukan bidang kuasanya juga.

Terang-terangan mereka menolak pihak yang berautoriti, Majlis Agama Islam Negeri, Tuanku Raja-Raja dan Sultan, majlis fatwa, alim ulama dan lain-lain. Sikap tidak menghormati autoriti agama ini adalah kecenderungan biasa Anwar yang mencabar siapa saja yang tidak bersetuju dengannya.

Hatta Majlis Syura Pas pun dipersoalkan autoritinya. Anwar bukan ulama yang mempunyai autoriti ilmu dan mengeluarkan fatwa terhadap isu-isu keagamaan. Beliau hanya 'bekas tokoh' gerakan Islam dan tidak juga mujaddid yang tersohor untuk berbeza pendapat dengan ulama-ulama seperti Dr. Haron Din umpamanya.



Hairannya pendirian Anwar diterima oleh sebilangan orang dan Guan Eng amat gembira dengan pendirian Anwar ini kerana terperangkap dengan strateginya.

Penulis percaya ulama Pas yang mula mengambil sikap dan pendirian tegas menyebabkan Anwar cemas kerana isu ini terkait dengan persoalan akidah.

Memahami Anwar dengan perangainya 'lawan tetap lawan' menyebabkan Abdul Hadi Awang tersepit. Abdul Hadi belum lagi membuat kenyataan yang tegas dan jelas. Kenyataannya sedang ditunggu oleh banyak pihak. Persetujuan Abdul Hadi mengenai penggunaan kalimah Allah pada 8 Januari lalu belum terungkai lagi.

Katakanlah Abdul Hadi tampil menyatakan secara terbuka bahawa dia berdiri teguh dengan keputusan Majlis Syura dan Anwar menyatakan sebaliknya, dengan sendirinya kenyataan Abdul Hadi pada 8 Januari itu terbatal.

Anwar tidak boleh memaksa Abdul Hadi mempertahankan kenyataan 8 Januari itu kerana ia bercanggah dengan proses syura dan juga syarak. Apa hujah syarak Anwar mengenai keputusan Majlis Syura Pas itu sedangkan asas keputusan Majlis Syura Pas itu didukung oleh nas yang sahih dan boleh dipertahankan.

Anwar hanya menggunakan logik akalnya saja dan pertimbangan politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Anwar tidak mahu kerana isu kalimah Allah, pakatan pecah. Anwar tidak sanggup menghadapi pilihan raya ini tanpa Pas. Dilema Pas ialah bersetuju dengan pendirian Anwar bermakna menggadaikan prinsip syarak yang menyentuh akidah.

Pas dijangkakan memilih prinsip syarak. Prinsip syarak adalah segala-gala. Tidak bersetuju dengan kalimah Allah digunakan sesuka hati oleh Anwar dan pakatan, dan pada masa yang sama masih boleh bekerjasama dalam politik tentunya satu hal yang 'ajaib'.



Lebih bermaruah kalau Pas bertanding sendiri-sendiri tanpa PKR dan DAP. Cara begini akan dihormati banyak pihak. Tapi bolehkah pakatan berkuasa tanpa Pas. Dan bolehkah Pas memenangi banyak kerusi tanpa sokongan pengundi DAP.

Pilihan raya semakin dekat, Pas tidak banyak masa untuk berfikir strategi lain. Majlis Syura harus bersidang sekali lagi untuk mengambil pendirian apakah syarie namanya berjuang dengan parti lain yang meremehkan isu penggunaan kalimah Allah.

Atau Pas mengambil 'taqiyyah' atau maslahah supaya lelap mata dengan isu kalimah Allah kerana yang penting ialah masih bersama pakatan pembangkang kerana hajat hendak ke Putrajaya semakin tidak tertahan lagi.

Kalau itulah sikap yang diambil, keputusan Majlis Syura 13 Januari tidak memberi makna apa-apa bagi Pas dan tidak menggentarkan Anwar atau menjadikan Guan Eng di pihak yang bersalah.

Lalu pilihan raya yang dilalui oleh Pas bersama pakatan ibarat lupakan dulu perkara pokok mengenai kalimah Allah atas nama syarak dan terus berjuang atas nama politik dan kuasa. Apakah itu akhirnya jalan yang dipilih oleh Pas?

Suara Politik
Belantan
penghargaan - blog taminsari

Jumaat, 1 Februari 2013

Gerakan Sulit menyatukan rakyat Bukan Melayu untuk menentang Orang Melayu

Gerakan sulit Kristian bersama beberapa orang Islam yang khianat. Ia tidak wajar sama sekali dibiarkan.

anak tuhan ??

parti kristian ??

Islam ??

Perkataan “Allah” dalam bahasa Melayu difahami sebagai Tuhan kepada umat Islam, manakala perkataan “tuhan” itu bermaksud zat yang tertinggi yang dipercayai oleh penganut sesuatu agama. Bahasa arab berbeza, begitu juga bahasa-bahasa lain. Adakah penggunaan “Allah” juga ada dalam kitab Injil dalam bahasa Inggeris?. Bagaimana dengan kitab injil dalam bahasa-bahasa lain? Atau adakah satu kitab Injil asli yang menggunakan kalimah “Allah” didalamnya untuk dijadikan rujukan?

Perkataan “Allah” telah digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu sejak 400 tahun dahulu. Manusia juga gunakan daun dan kulit kayu untuk tutup kemaluan mereka beribu tahun dahulu. Banyak perkara yang dibuat dahulu tidak lagi dibuat sekarang. Pengunaan “Allah” dalam kitab Injil dahulu dilakukan oleh mubaligh Kristian bertujuan mengelirukan umat Islam berbangsa Melayu nusantara agar meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Kristian. 

Orang Melayu dulu silap kerana tidak peka terhadap muslihat ini maka Kristian berkembang dengan cara penipuan di nusantara seperti Indonesia, Filipina dan juga Sabah dan Sarawak. Sekarang orang Islam di Malaysia perlu dan wajib membetulkan keadaan ini. Alasan ianya berhak digunakan cuma kerana telah digunakan sejak 400 tahun dahulu adalah hujah dangkal.

Membenarkan penggunaan perkataan “Allah” kononnya positif kerana boleh digunakan untuk tujuan dakwah adalah mengarut dan sesat. Islam tidak menghalalkan cara yang salah untuk mencapai matlamat yang betul.

Umat Islam wajib “menyampaikan” tetapi bukan dengan penipuan. Jangan kata kita akan berdakwah kepada pengikut Kristian dan penganut agama lain untuk memeluk Islam kerana “Allah” kita serupa. Namun, kita tetap “menyampaikan”, jika ada yang menerima maka jadilah dia seorang muslim dan jika tidak mahu menerima maka kekallah dia dengan kepercayaannya,

Kita dengan tuhan kita iatu Allah dan mereka dengan tuhan mereka. Kita semua masih boleh hidup bersama dengan pegangan agama yang berbeza dalam sebuah negara.

Perkataan “Allah” ada terdapat dalam kitab agama Sikh. Adakah kitab tersebut ditulis dalam bahasa Melayu? Adakah pernah terdengar penganut agama Sikh di Malaysia cuba menyebarkan agama mereka kepada umat Islam? Mereka mematuhi undang-undang. Kitab mereka tidak berbahasa Melayu jadi ianya bukan isu.

Bagi memperbetulkan kesilapan lalu, negara Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang sepatutnya terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak ada hak-hak istimewanya tersendiri begitu juga Semenanjung Tanah Melayu juga perlu ada hak-hak tersendiri. Nama Semenanjung Tanah Melayu bukan rekaan baru, ianya telah diguna satu masa dahulu dan sekarang patut dikembalikan nama asalnya berserta hak-hak istemewanya.

Pernyataan yang saya pertahankan adalah :

1) Perkataan “Allah” tidak boleh dimaksudkan sebagai Tuhan agama lain apabila ditulis atau disebut dalam bahasa Melayu.

2) Penggunaan “Allah” dalam lain-lain bahasa tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.

Terdapat gerakan di Malaysia sedang cuba menyatukan rakyat bukan Melayu dalam satu kumpulan untuk menentang orang Melayu. Mereka menggunakan agama Kristian sebagai wadah penyatuan kerana mereka melihat agama Kristian ada kelebihan tersendiri seperti sokongan dan perlindungan negara luar. Mereka ini sebenarnya tidak bertuhan, mereka akan bertuhankan apa saja asalkan matlamat duniawi mereka tercapai. Tidak menghairankan jika mereka sendiri tidak mengamal ajaran kristian yang kononnya mereka pertahankan.

Kumpulan ini bergerak lebih cergas kerana terdapat peluang. Peluang yang ujud kerana perpecahan umat Melayu Islam. Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ia bererti tunduk kepada pilihan ramai. Jika sekumpulan rakyat boleh disatukan dan kumpulan ini merupakan majoriti maka kumpulan inilah yang berkuasa termasuk memerintah negara. Memerentah negara bermaksud boleh mengubah prinsip dan dasar serta corak pemerintahan. Jika cukup sokongan di parlimen, undang-undang juga boleh digubal, pinda dan mansuhkan. - Pak Ard


PENIPUAN

Para ulama politik dan pendokong politik Islam di Malaysia kini memutarbelit kenyataan dengan mengatakan BAHAWA kerajaan mengharamkan orang kafir menyebut kalimat Allah, mereka sengaja mencipta soalan sedemikian kepada pemimpin dan juga ust popular Azhar Idrus supaya yang timbul ialah HARUS dalam menyebut kalimah ini. Mereka tidak bangkitkan persoalan sebenar iaitu penggunaan kalimah Allah dalam bible Melayu. Kekeliruan dan pembohongan inilah yang dicanangkan kepada kampong yang buta IT dan hanya mendengar penerangan dari sumber terhad.

Apa yang terjadi sekarang menunjukkan walaupun parti yang memakai nama Islam, sikap mereka telah berubah dan rela mengikut telunjuk bukan Islam.

Penipuan ini amat merosakkan. 


Persoalan Sebenar Kalimah Allah
 dari aidc

Mohd Hazizi Ab Rahman - Apabila ditanya tentang hukum orang kafir guna kalimah Allah, sebenarnya soalan itu sendiri tidak betul. Ramai yang menjawab hukum asalnya ialah harus. Sedangkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah hukum taklifi, dan yang mukallaf ialah orang Islam. Orang kafir tidak disasarkan dengan hukum-hukum Allah kecuali:-

1) ayat-ayat yang mewajibkan beriman
2) hukum-hukum jenayah dan muamalat, berdasarkan akad zimmah

Oleh itu, persoalan sebenar yang mesti dijawab ialah apakah wajar kerajaan sebagai Ulil Amri, yang mempunyai jentera mengeluarkan fatwa dan menguatkuasakan fatwa, mengharuskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan bahan-bahan terbitan gereja di Malaysia?

Persoalan sebegini secara asasnya sudah termasuk dalam bab Siyasah Syariyah, di mana kerajaan berkuasa membuat keputusan melalui pertimbangan antara maslahat dan mafsadah, yang semuanya itu mestilah berada dalam kerangka Maqasid Syarak, menjaga agama dalam konteks isu ini.

Hakikatnya, kerajaan sudah ada keputusan. Sebagai rakyat kita perlu terima keputusan itu, kerana ia mengikut lunas-lunas syarak. Janganlah semua orang nak jadi kerajaan, atau semua perkara nak dibangkang.

Persoalan sebegini sebenarnya mengenai kuasa agama ke atas kehidupan awam, perkara yang amat dibenci oleh puak sekular liberal. Sebahagian orang Islam, termasuk yang popular, mengupas isu ini tanpa melihatnya dalam skop pertembungan antara ideologi. Itu satu kegagalan yang mampu mengundang tragedi kepada umat.

Wujudnya hubung kait antara ayat dan topik tidak semestinya boleh berlaku pendalilan di situ. Ramai orang terjebak dalam fenomena ini, iaitu menggunakan ayat al-Quran untuk menguatkan hujah, tapi mereka tidak sedar bahawa ayat itu tidak kena dijadikan sebagai dalil.

Untuk kes ini, Surah Zumar ayat 3 dan Surah Ankabut ayat 63, sebagai contoh, ada hubung kait, tapi tidak kena langsung untuk dijadikan sebagai dalil mengharuskan. Pendek kata pendalilan (istididlal) tidak betul, selain isu orang kafir tidak menjadi sasaran hukum cabang syarak seperti yang disebut di perenggan pertama.

Sabtu, 12 Januari 2013

45000 ingatkan ... kira boleh lah untuk alih perhatian

Ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakanmedia lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu.



"Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi."


Perhimpunan Langgar Tiga Syarat - Polis

KUALA LUMPUR: Polis mendapati penganjur perhimpunan di Stadium Merdeka di sini hari ini, melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pelanggaran itu kerana syarat terbabit antara 27 yang dipersetujui mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu, di sini.

Beliau juga berkata polis tidak membuat sebarang tangkapan serta tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan tersebut.

"Cuma terdapat insiden tolak menolak di pintu utama Stadium Merdeka dan duawarga emas pengsan kerana kesesakan dalam stadium dan dibawa ke hospital," katanya.

Zainuddin berkata kira-kira 200 anggota polis yang ditugaskan hari ini telahmelaksanakan tanggungjawab dengan sempurna seperti yang diamanatkan Ketua PolisNegara Tan Sri Ismail Omar.

Beberapa pemimpin pembangkang hari ini memuji khidmat dan kerjasama pihakpolis sepanjang perhimpunan itu.

Menurut Zainuddin polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu.

Mengulas mengenai dakwaan penemuan bahan letupan di kawasan Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC), beliau berkata pemeriksaan oleh unit bom mendapati tiadabahan letupan di situ. BERNAMA


Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari ini lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka.

Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara.

Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi.

Suasana hingar-bingar dengan tiupan vuvuzela seolah-olah ketika perlawanan bola sepak juga menimbulkan persoalan apakah 'amanat' yang disampaikan pemimpin pembangkang terbabit sampai ke telinga hadirin?

Malah, ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakan media lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu.

Anwar dalam ucapannya seperti biasa, meminta rakyat yang berhimpun hari ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang mentadbir negara dengan modal basi iaitu kerajaan sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat.

"Rakyat bangkit hari ini kerana ingin mengubah sistem rasuah di negara kita. Saya lihat sendiri semangat rakyat, saya rasa sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Kami dalam pakatan berikrar kami tidak akan izinkan rasuah dan rompakan kepada rakyat," katanya cuba membakar emosi hadirin.

Beliau juga membaca skrip sama ketika berceramah di tempat lain iaitu dakwaan kronisme, angan-angan Mat Jenin untuk menurunkan harga barangan serta menghapuskan pinjaman pendidikan.

Sebelum itu, dalam ucapannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "memakmumkan" Umno sejak 55 tahun lepas selain pemimpin Umno tidak menunjukkan "wajah" pemimpin Islam sebenar.

Ironinya ucapan Abdul Hadi hanya menerima reaksi hadirin ketika ada seruan "takbir" atau "bangkit", sedangkan pada kebanyakan masa tiupan vuvuzela mengiringi patah ayat yang keluar daripada mulut pemimpin PAS itu.

Menurut seorang rakan media yang berjaya melepasi kawalan keselamatan, Abdul Hadi yang kini dihambat kontroversi 'Amanat Haji Hadi' bergegas meninggalkan kawasan stadium ketika diaju pertanyaan mengapa isu semasa membabitkan pakatan tidak dibangkit.

Peluang menjelaskan kontroversi pemilihan CEC di hadapan rakyat juga tidak dimanfaat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggunakan pentas hari ini untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk mengenai Bantuan Rakyat1Malaysia dan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES).

Selepas tiga jam mendengar 'ceramah' daripada kira-kira 10 orang termasuk tiga pemimpin utama parti pembangkang, penulis menyimpulkan isu yang disentuhhanya membabitkan segelintir rakyat, malah itupun tidak dinyatakan bagaimana pun masalah berkenaan akan diselesaikan. BERNAMA

Isnin, 7 Januari 2013

Gaya Songsang Seorang Melayu

SHAH ALAM: Sikap “cemburu” Datuk Seri Wan Azizah Ismail terhadap isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan beberapa lelaki menjadi pencetus keputusan Senator Mohd Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih lima tahun lalu.



Dalam wawancara dengan Antarapos, pengikut paling setia Anwar pada satu ketika dahulu itu ditanya terus terang sama ada beliau menyertai Umno kerana wang ringgit atau disebabkan kecewa dengan Anwar.

Isu Shamsidar dan hubung kait beliau dengan Anwar kembali menjadi fokus berikutan saman fitnah RM100 juta yang difail oleh Anwar terhadap bekas rakan tenisnya, S.Nallakarupan. Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan ini.

Saman itu berkisar kepada tuduhan Nallakarupan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau tidak bermoral dan seorang biseksual. Nallakarupan menamakan Shamsidar antara beberapa saksi yang mahu dipanggil untuk memberi keterangan.



Dalam wawancara itu, Ezam menegaskan beliau “tinggalkan” Anwar kerana isu-isu moral yang tidak dijawab oleh Ketua Pembangkang itu setelah sikap cemburu Wan Azizah terhadap Shamsidar dan lelaki tertentu mencetuskan kesangsiannya terhadap Anwar.

"Saya bukan (dianggap sebahagian) keluarga Anwar, saya bukan dalam keluarga Anwar (tetapi) (ketika) Anwar dalam penjara tujuh tahun, saya dah jadi sebahagian dari keluarga beliau," kata Ezam.

"Anak-anak Wan Azizah pada masa itu dah macam anak saya, mereka panggil saya pakcik (uncle), mak saya dah macam mak Wan Azizah.

"Barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku. Sebab saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap beberapa perkara. Cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan, tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.

"Shamsidar contohnya datang ke rumah itu, Wan Azizah terus berubah muka, Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam. Benda-benda macam ini saya tengok, ini semua berlaku secara natural (semulajadi)."

"Jadi ianya menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya,” kata Ezam.

Bagaimanapun Ezam berkata keadaan itu belum cukup untuk beliau meninggalkan Anwar sungguhpun sudah menimbulkan kesangsian terhadap beliau.

Beliau membuat keputusan itu selepas Anwar enggan mencabar keputusan bertulis Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 dengan dua daripada tiga hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu terbabit amalan homoseks.\



Bagaimanapun mahkamah berkenaan mengarahkan Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar setelah menjalani hukuman penjara enam tahun kerana sebab-sebab teknikal.

"Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseks itu berlaku," kata Ezam.

"Ketiga-tiga hakim termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar.. dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Tidak ada kesangsian di situ dia (hakim) kata, tapi disebabkan Azizan, disebabkan teknikal undang-undang …. jadi tidak cukup untuk mensabitkan Anwar ke penjara.

"Saya baca, jadi bila saya baca lagilah saya rasa sangsi, dan saya (desak) Anwar untuk jawab, bahawa dia harus ambil tindakan. Saya tidak boleh terus memberikan sokongan kepada beliau apabila sudah ada keputusan bertulis daripada Mahkamah Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa dia seorang homoseks.

"Takkan saya nak sokong seorang gay? Dan ini bukan berdasarkan satu judgement, ianya juga berasaskan dalam rumah (Anwar) apa yang berlaku (dan) banyak yang menjadikan saya sangsi, jadi saya berdepan dengan dia.

"Beliau jawab: Ini semua konspirasi. Saya akan minta peguam saya untuk meminta mahkamah untuk memadamkan segala kenyataan hakim yang mengatakan saya ini peliwat.”


"Itu dia janji kepada saya, Anwar hidup lagi…anda pergi tanya dia, dia janji kepada saya, dan bukan dia janji kepada saya sahaja, dia janji kepada seluruh penyokong PKR, di rumah dia, dia buat ceramah pada beberapa malam sebab dia sudah tahu saya tak (yakin)..jadi dia nak yakinkan saya dalam ceramah.

"Hari ini dah 2012, anda boleh “check” dengan mahkamah, apakah Anwar buat permohonan untuk memadamkan kenyataan hakim itu? Anwar tak buat,".

"Dia tak buat. Dia ada hak untuk berbuat demikian dan dia patut melakukannya di atas prinsip moral dan sebagai seorang pemimpin. Kalau saya lah buat benda itu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati," kata Ezam.

"Sebab ini bukan soal main-main, ini soal moral saya. Dan Anwar ada ruang untuk buat dan dia janji untuk buat, tapi dia tak buat," kata beliau.

"Jadi sebab itu saya rasa, saya tidak ada lagi untuk meneruskan sokongan saya pada Anwar," tambah beliau.

Selepas keluar daripada PKR, Ezam mengetuai sebuah pertubuhan anti rasuah (GERAK) sebelum menyertai Umno pada 28 Mei 2008.

Bahagian Kedua wawancara dengan Ezam akan mengupas hasrat Ezam menyertai PAS ditolak parti itu kerana mengganggap Anwar penting untuk agenda politik PAS.

Sumber: Antara Pos