Sabtu, 12 Januari 2013

45000 ingatkan ... kira boleh lah untuk alih perhatian

Ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakanmedia lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu.



"Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi."


Perhimpunan Langgar Tiga Syarat - Polis

KUALA LUMPUR: Polis mendapati penganjur perhimpunan di Stadium Merdeka di sini hari ini, melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pelanggaran itu kerana syarat terbabit antara 27 yang dipersetujui mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu, di sini.

Beliau juga berkata polis tidak membuat sebarang tangkapan serta tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan tersebut.

"Cuma terdapat insiden tolak menolak di pintu utama Stadium Merdeka dan duawarga emas pengsan kerana kesesakan dalam stadium dan dibawa ke hospital," katanya.

Zainuddin berkata kira-kira 200 anggota polis yang ditugaskan hari ini telahmelaksanakan tanggungjawab dengan sempurna seperti yang diamanatkan Ketua PolisNegara Tan Sri Ismail Omar.

Beberapa pemimpin pembangkang hari ini memuji khidmat dan kerjasama pihakpolis sepanjang perhimpunan itu.

Menurut Zainuddin polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu.

Mengulas mengenai dakwaan penemuan bahan letupan di kawasan Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC), beliau berkata pemeriksaan oleh unit bom mendapati tiadabahan letupan di situ. BERNAMA


Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari ini lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka.

Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara.

Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi.

Suasana hingar-bingar dengan tiupan vuvuzela seolah-olah ketika perlawanan bola sepak juga menimbulkan persoalan apakah 'amanat' yang disampaikan pemimpin pembangkang terbabit sampai ke telinga hadirin?

Malah, ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakan media lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu.

Anwar dalam ucapannya seperti biasa, meminta rakyat yang berhimpun hari ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang mentadbir negara dengan modal basi iaitu kerajaan sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat.

"Rakyat bangkit hari ini kerana ingin mengubah sistem rasuah di negara kita. Saya lihat sendiri semangat rakyat, saya rasa sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Kami dalam pakatan berikrar kami tidak akan izinkan rasuah dan rompakan kepada rakyat," katanya cuba membakar emosi hadirin.

Beliau juga membaca skrip sama ketika berceramah di tempat lain iaitu dakwaan kronisme, angan-angan Mat Jenin untuk menurunkan harga barangan serta menghapuskan pinjaman pendidikan.

Sebelum itu, dalam ucapannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "memakmumkan" Umno sejak 55 tahun lepas selain pemimpin Umno tidak menunjukkan "wajah" pemimpin Islam sebenar.

Ironinya ucapan Abdul Hadi hanya menerima reaksi hadirin ketika ada seruan "takbir" atau "bangkit", sedangkan pada kebanyakan masa tiupan vuvuzela mengiringi patah ayat yang keluar daripada mulut pemimpin PAS itu.

Menurut seorang rakan media yang berjaya melepasi kawalan keselamatan, Abdul Hadi yang kini dihambat kontroversi 'Amanat Haji Hadi' bergegas meninggalkan kawasan stadium ketika diaju pertanyaan mengapa isu semasa membabitkan pakatan tidak dibangkit.

Peluang menjelaskan kontroversi pemilihan CEC di hadapan rakyat juga tidak dimanfaat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggunakan pentas hari ini untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk mengenai Bantuan Rakyat1Malaysia dan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES).

Selepas tiga jam mendengar 'ceramah' daripada kira-kira 10 orang termasuk tiga pemimpin utama parti pembangkang, penulis menyimpulkan isu yang disentuhhanya membabitkan segelintir rakyat, malah itupun tidak dinyatakan bagaimana pun masalah berkenaan akan diselesaikan. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen