Khamis, 7 Julai 2011

Jangan Masuk Kuala Lumpur

Mereka dilarang memasuki KL sabtu ini. Bagaimana kalau mereka berdegil? Bagaimana dengan penyokong mereka yang semakin hari semakin ghairah untuk mencabar kerajaan? Sanggupkah mereka mati kerana Ambiga dan para pemimpin mereka? Jika mati masuk syurgakah mereka? 






KL, 7 Julai 11: Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.

Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah. Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.
Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Perkasa
  • Datuk Ibrahim Ali
  • Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  • Syed Hassan Syed Ali
  • Irawah Fahmi Ideris
  • Roslan Kassim
  • Sharifuddin Abd Hamid
  • Dr Zubir Harun
  • Ameir Hassan
  • Datuk Ahmad Saad
  • Ahmad Zaini Ismail
  • Muhammad Zaid Md Arip
  • Abdullah Mansor
  • Zaira Jaafar
  • Norkhaila Jamaludin
Pemuda Umno
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  • Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  • Megat Zulkarnaian Omardin
  • Rizalman Mokhtar
  • Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  • Lokman Noor Adam
  • Datuk Abdul Azeez Rahim
  • Ungku Saleh Ungku Jamal
  • Arman Azha Abu Hanifa
  • Tun Faisal Ismail Aziz
Bersih
  • Datuk Ambiga Sreenevasan
  • Mohamad Sabu
  • Hishamuddin Md Rais
  • Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  • Maria Chin Abdullah
  • Chua Tian Chang
  • Kamarulzaman Mohamad
  • Dr Mohd Hatta Md Ramli
  • Syed Shahir Syed Mohamud
  • Syed Ibrahim Syed Noh
  • Teresa Kok Suh Sim
  • Badrul Hisha Shaharin
  • Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  • Arutchelvam A/L Subramaniam
  • Wong Chin Huat
  • Ong Boon Keong
  • Enalini A/P Elumalai
  • Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  • Datuk Khalid Yunus
  • Datuk Zulkifli Noordin
  • Dr Zubir Harun
  • Datuk Seri Abd Hadi Awang
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Lim Kit Siang
  • Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  • Nurul Izzah Anwar
  • Kohila Yanasekaran
  • Zaid Kamaruddin
  • Khoo Teng Swee
  • Fadiah Nadwa Fikri
  • Yap Swee Seng
  • Salahuddin Ayub
  • Datuk Mahfuz Omar
  • Nasrudin Hasan
  • Mazlan Aliman
  • Dr Syed Azman Syed Nawawi
  • Dr Dzulkifli Ahmad
  • Dr Mujahid Yusof
  • Khalid Abd Samad
  • Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  • Azman Shapawi Abd Rani
  • Suhaizan Kaiat
  • Nor Azli bin Musa
  • Mohd Firdaus Jaafar
  • Loke Siew Fook
  • Lau Wen San
  • Mohd Azmin Ali
  • Mat Shuhaimi Shafie
  • Satipul Bahari Amamt
  • Wan Hassan Mohd Ramli
  • Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  • Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  • Muhammad Hilman Idham
  • Mohd Shukri Che Ab Razab
  • Mohd Syukri Kamaruddin
  • Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  • Choo Chon Kai
  • Sarasvathy Muthu
  • Soh Sook Hwa
  • Nurul Izham Nurul Anuar
  • Abd Rahim Osman
  • Mohd Sibri Ismail
  • Mohd Lukam Muda
  • Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  • Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah
Taktik?   Perdana Menteri melakukan sesuatu tindakan sesuai menghalang kesusahan rakyat Malaysia di samping memberi sokongan terhadap hasrat DYMM Yang Dipertuan Agong yang berharap kekacauan dihindarkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen