Selasa, 3 Mei 2011

Dusta Washington

U.S. President Barack Obama listens during a ...



Nampak ketara "pembohongan Washington" mengenai pembunuhan Osama Ben Laden yang dihebohkan oleh agensi berita seluruh dunia sejak semalam. Masakan mayat yang baru sahaja di kenali sebagai "Osana" itu telah dikebumikan. Biasanya kes seperti ini mayat akan disimpan untuk ditunjukkan kepada umum dan tentunya akan melalui peroses yang lama selain meraikannya terlebih dahulu sebelum dikebumikan. Lebih menabjubkan, jasadnya disemadikan di laut pula dengan alasan tiada siapa yang sanggup menerimanya.

Dikebumikan Di Laut Arab (North Arabian Sea) seolah tidak ada tanah yang boleh digunakan untuk mengkebumikannya. Kenapa tidak diserahkan kepada ulama Pakistan sahaja untuk kerja pengkebumiannya?

Sebelum ini USA menyatakan telah membuktikan mayat Osama melalui pengenalan DNA. ??? Adakah keputusan pengkajian tersebut dapat diperolehi sekelip mata? Mengelirukan.

USA berkata jenazah Osama telah diuruskan mengikut hukum Islam. (???) Siapa pula yang mengkafan dan sembahyangkan jenazahnya? Bila pula jenazahnya dibawa ke Laut Utara Arab? Semua ini mengundang kontroversi terhadap kenyataan kematiannya. Mereka bimbang jika ada pihak yang meuntut jenazahnya atau mengesahkan bahawa mayat itu sememangnya bukan Osama.

Sejauh mana kita sebagai orang islam menerima kenyataan tersebut? Usah biarkan kita tertipu lagi sebagaimana kes 911 dahulu.
3 siri gambar ini telah lama beredar di internet, USA memang nakal
Semakin hari semakin ketara dusta yang diwayangkan. Banyak laman web terutama yang menentang NWO telah membuktikan gambar Osama yang ditunjukkan itu adalah palsu atau "fake". Ada laporan yang mengatakan bahawa Osama telah pun meninggal 10 tahun lalu akibat sakit buah pinggang.

Apakah yang sedang diusahakan oleh USA melalui penghebahan berita ini masih menjadi tanda tanya. Tentu ada agenda di sebaliknya. Seperti lazimnya setiap suatu yang disensasikan oleh USA mempunyai agenda tersembunyi.

Mungkinkah mereka merancang dan mengushakan keganasan (binaan CIA) di seluruh bumi Arab sebagai reaksi kematian Benladen kemudian akan menjadikanya alasan untuk menjarah seluruh negara Arab. Semua penentangan Arab terhadap USA akan dilabelkan sebagai alQaeda dan pastinya akan dihapuskan walaupun terpaksa mencampuri urusan negara lain.

Bagi membuktikan alQaeda wujud, CIA merekrut pengganas dan menjadi penghasut seolah satu kebangkitan Islam, membangkitkan rasa benci terhadap USA. Dari sini USA akan mendapat restu PBB menyerang negara Islam.

Semua sumber berita mengenai Osama ini hanya dari USA, kebenarannya amatlah diragui walaupun mereka cuba sebaik cara mengaburi pemikiran awam. Sekurang-kurangnya mereka berjaya membohongi sebahagian penduduk dunia walaupun bukan semuanya. Malah ada yang bersorak gembira menyambut kematiannya termasuk Presiden Karzai (Afghanistan).

penonton TV di Iraq menyaksikan berita 
Obama mungkin akan terperangkap dengan helah ciptaannya apabila pelbagai pihak termasuk rakyat USA sendiri meragui kebenaran berita tersebut. Tidak mustahil skrip sedang disusun untuk mengaburi pembohongan ini. Pendustaan adalah mainan Washington untuk menjadi Raja Dunia.
"It's been kind of strange, the burial at sea, the very fast DNA…it's just been sort of, did this really happen or was this all concocted somehow? It would be reassuring in some sense if the photos were released." said Abigail Carter, whose husband Arron was killed in the World Trade Center on Sept. 11, 2001.
abatasa2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan