Jumaat, 13 Mei 2011

Musnahkan apa sahaja yang bekaitan Islam

Perjalanan menuju hari kiamat, hari kemusnahan dunia.

ISLAM jadi mangsa kerakusan USA-zio














Cipta masalah sediakan kelengkapan dan serang beramai-ramai atas restu PBB, bunuh pemimpin dan hancur hanguskan buminya. Lantik proksi sebagai pemimpin baru. Kaut hasil buminya dan paksakan pembangunan semula melalui syarikat yang ditetapkan. Segalanya telah direncanakan dan terbukti berjaya.

Itulah yang dilakukan dan akan terus dilakukan sehingga semua negara Islam ranap.

Senarai negara Islam dipilih mengikut keutamaan:

Keutamaan ialah negara yang bermusuh secara lansung dengan Israel diikuti negara yang kaya hasil bumi. Negara yang menjadi sekutu dan ikut perintah dikemudiankan.

Tidak akan terkecuali, semuanya mesti patuh dan tinggalkan agama Islam jika ingin selamat. Jauhi bercita-cita untuk menjadi negara Islam sepenuhnya dan pastikan tidak tinggalkan pemerintahan sekular.

Mengapa Islam? Sebabnya sangat jelas, Islam paling degil dalam mematuhi kehendak mereka. Islam memusuhi secara langsung dengan Israel dan mampu menafikan kejayaan mereka memimpin dunia. Untuk itu semua negara Islam mesti diperangi secara bergilir-gilir supaya mudah ditewaskan.

Orang beriman akan terus menentang Yahudi dan Nasrani seperti yang diperintah Allah. Yang tidak memperdulikannya adalah kaum munafik dan lemah imannya atau mungkin tak lagi beriman cuma hidup atas nama Islam sahaja.

Malaysia juga bakal diserang? Jawapannya ialah Ya! Malaysia juga akan dimusnahkan kerana masih berupaya mendirikan negara Islam walaupun kelihatan mustahil pada masa ini.

Mampukah Malaysia bertahan? Siapakah yang akan menjadi mangsa mereka antara Cina India, Melayu dan lain-lain etnik? Jawapannya sudah tentu kita ketahui. Hanya bangsa Melayu sahaja yang tidak merestui Yahudi dan Nasrani manakala bangsa-bangsa lain mengalu-alukannya.

Adakah akan ada penentangan dari bangsa Melayu? Semestinya ada tetapi melalui gerakan bawah tanah kerana terlalu ramai pengkhianat disekeliling.

UMNO, PAS dan PKR? Jawabnya, tidak. Semua ahli politik sebenarnya amat pengecut dan berbau munafik. Jadi siapa yang akan melawan manusia syaitan ini? ......

Hanya manusia yang beriman dan mengharapkan mati syahid sahaja yang mampu bertahan. 

Pergolakan politik yang bakal wujud akibat sengketa selepas pilihan raya sebenarnya akan mencetus huru hara dan memanggil musuh campur tangan seumpama di Iraq dan Libya.

2012? Ya mungkin selepas pilihan raya nanti akan membuka ruang sengketa dalaman, musuh dalam negara sedang mengatur strategi yang ganjil termasuklah tuntutan agama kristian yang baru kita dengar. Kaum Cina pula begitu ghairah menumpukan sokongan kepada parti pelampau yang amat membenci Islam. Gerakan ini disokong sepenuhnya kaum India dan etnik kristian di Sabah Sarawak!

Jadi siapa yang akan melawan musuh agama suci ini? Jawapannya ialah anda semua! Tetapi dengan syarat mulai sekarang bersedia dan berpayung dibawah naungan para wali Allah. Jika tidak, kematian anda samalah dengan matinya seorang manusia tidak beriman.

Capai syahadah mengikut lunas yang benar dan laksanakan retual yang benar seterusnya dapatkan pertolongan yang Maha Perkasa. Bergabunglah dengan para kekasih Allah iaitu para waliNya walaupun terpaksa merangkak di atas salji yang amat sejuk!

*****

Saya amat tertarik dengan tulisan saudara belantan yang mengulas nasib Melayu masa kini. Melayu akan mengalami satu keadaan yang tersangat sadis kerana jauh dari kesedaran dan tuntutan agama dan bangsa. Membenci UMNO bukanlah cara yang sesuai untuk menyelamatkan agama Islam di dalam negara Melayu ini.

Melayu sendiri menghancurkan agamanya tanpa disedari semata-mata kerana semangat inginkan perubahan serta dendam kesumat. Nasib bangsa Arab Libya sekarang ini juga atas alasan yang sama. Sanggupkah kita membenci dan akhirnya terjebak dengan situasi yang parah, membunuh sesama bangsa dan agama atas sebab yang tidak munasabah. Apabila gagal dan tidak berdaya mencapai tujuan, kita memanggil musuh yang terjahat dari luar untuk membantu. Akhirnya kita sendiri menghadapi saat yang tidak kita ingini dan dendam kesumat menjadi semakin berat dan melarat. Apakah kematian kita nanti bermaruah setelah membinasakan Islam di Tanah Melayu?

Pastinya ada pihak yang mengambil peluang terus membuat hasutan supaya kita terus bermusuh sesama sendiri untuk memudahkan mereka mencapai maksud tujuan menjadi tuan di negara ini.

Melayu bergabung di bawah PEKEMBER di bawah pimpinan Datol Onn Jaafar. Kita bersatu menentang kekurang-ajaran British terhadap adab budaya Melayu. Penjajah telah menetapkan agar PEKEMBER dimansuhkan dan menggantikannya dengan UMNO (sebutan PEKEMBER ditukar menggunakan bahasa Inggeris) serta melakukan beberapa pindaan perlembagaannya yang sesuai dengan kehendak British. Akhirnya kita setuju kerana itu adalah syarat untuk merdeka.

Berikut saya siarkan artikel penuh saudara belantan untuk direnung secara jujur bukan kerana kepentingan parti dan kumpulan siasah.

Kembalikan Kekuatan Orang Melayu 65 Tahun Yang Lalu!

Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilemma yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia?

Kalau tidak pun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Pada 11 Mei, 65 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. Pada ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.

Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.

Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Yang menyedihkan apabila selepas 65 tahun ia ditubuhkan dan setelah 54 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu. Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.

Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan PRU ke – 12 yang lepas di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu?

Namun sejak akhir-akhir ini apabila terdapat bibit-bibit perpecahan di antara orang Melayu, sudah ada yang berani mengambil kesempatan. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu.

Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Orang Melayu dan UMNO sepatutnya bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa para pemimpin Pas dan PKR diam membisu. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu. Setelah sekian lama didesak barulah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang Karpal Singh adalah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Presiden Pas sendiri sehingga sekarang masih membisu. Mungkin sedang mencari fatwa yang sesuai untuk digunakan? Malah lebih memeranjatkan lagi apabila penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan egonya mempertahankan tindakan Karpal Singh. Sekarang mungkin rakyat sudah nampak “ warna sebenar “ Anwar Ibrahim.

Mungkin kita masih tersentak dengan sikap bekas Menteri Besar Perak yang telah kehilangan kuasa dengan biadapnya memohon ‘ derhaka ‘ kepada sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan krisis yang berlaku di Perak. Tidak pernah terjadi didalam sejarah melayu apabila rakyatnya memohon derhaka semata-mata kerana gila dan tamakkan kuasa! Siapa sebenar dalang dibelakang Mohd Nizar sehingga hilang maruahnya sebagai seorang melayu yang beragama Islam.

Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Malah ada ketikanya Nik Aziz sendiri tidak mengaku beliau memperjuangkan melayu! Melayu pada Nik Aziz adalah hanya apabila terdesak untuk mendapatkan undi sahaja.

Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka yang mana kalau dilihat daripada peratus pemimpin Melayu mereka tak sampai separuh? Berapa ramai anggota IFC (Interfaith Commission) terdiri daripada pemimpin PKR?

IFC ditubuhkan dengan matlamat meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam di dalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud di dalam PKR. Apabila berjaya memerintah Selangor dan bersekongkol dengan DAP, sudah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan DEB. Bolehkan PKR mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?

Adakah disebabkan DAP adalah ahli keluarga Pakatan Rakyat, mereka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga sanggup melihat Raja-Raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan hanya menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka barulah mereka bertindak sesuatu. Untuk menjaga hati DAP mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri.

Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP. Bekas ahli PKR, Zaid Ibrahim pernah mempetikaikan titah sultan Selangor agar masjid-masjid di negeri Selangor tidak di salahgunakan untuk tujuan politik dan sehingga sekarang masih berdegil tidak mahu memohon maaf kepada baginda sultan.

Yang paling ketara adalah Pas apabila sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihanraya yang lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam bulletin mereka. Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Dan sekarang terdengar desas-desus pula mengatakan ada komplot untuk menjadikan ugama Kristian sebagai ugama Persekutuan bagi menggantikan ugama Islam!

Pihak Gereja Katolik Malaysia berjaya di dalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu, “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi “Allah”. Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam.

Walaupun mereka mengatakan pihak Kristian di arab menggunakan nama Allah, tetapi itu di Arab dan bukannya di Malaysia. Tidak kah janggal namanya. Tidak kah pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa sekarang mereka membuat tuntutan itu? Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama Allah yang maha esa. Malah sebelum PRN Sarawak baru-baru ini ribuan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu telah berjaya dibawa masuk ke Sarawak!

Dilihat ada pula segelintir umat Islam yang dikatakan hendak menegakkan ‘Islam mereka’dinegara ini kerana gilakan kuasa sanggup bersekongkol dengan pihak gereja agar nama Allah boleh digunakan oleh Kristian! Ini tidak termasuk nama-nama lain seperti Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan lain-lain. Mereka-mereka ini sanggup melacurkan ugama demi untuk mendapatkan satu undi. MasyaAllah!

Tidak kira apapun jua tuntutan mereka sama ada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu tetap utuh ditanah air kita, sama-samalah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa.

Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca.

Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah". Wallahuallam.

Selasa, 3 Mei 2011

Dusta Washington

U.S. President Barack Obama listens during a ...



Nampak ketara "pembohongan Washington" mengenai pembunuhan Osama Ben Laden yang dihebohkan oleh agensi berita seluruh dunia sejak semalam. Masakan mayat yang baru sahaja di kenali sebagai "Osana" itu telah dikebumikan. Biasanya kes seperti ini mayat akan disimpan untuk ditunjukkan kepada umum dan tentunya akan melalui peroses yang lama selain meraikannya terlebih dahulu sebelum dikebumikan. Lebih menabjubkan, jasadnya disemadikan di laut pula dengan alasan tiada siapa yang sanggup menerimanya.

Dikebumikan Di Laut Arab (North Arabian Sea) seolah tidak ada tanah yang boleh digunakan untuk mengkebumikannya. Kenapa tidak diserahkan kepada ulama Pakistan sahaja untuk kerja pengkebumiannya?

Sebelum ini USA menyatakan telah membuktikan mayat Osama melalui pengenalan DNA. ??? Adakah keputusan pengkajian tersebut dapat diperolehi sekelip mata? Mengelirukan.

USA berkata jenazah Osama telah diuruskan mengikut hukum Islam. (???) Siapa pula yang mengkafan dan sembahyangkan jenazahnya? Bila pula jenazahnya dibawa ke Laut Utara Arab? Semua ini mengundang kontroversi terhadap kenyataan kematiannya. Mereka bimbang jika ada pihak yang meuntut jenazahnya atau mengesahkan bahawa mayat itu sememangnya bukan Osama.

Sejauh mana kita sebagai orang islam menerima kenyataan tersebut? Usah biarkan kita tertipu lagi sebagaimana kes 911 dahulu.
3 siri gambar ini telah lama beredar di internet, USA memang nakal
Semakin hari semakin ketara dusta yang diwayangkan. Banyak laman web terutama yang menentang NWO telah membuktikan gambar Osama yang ditunjukkan itu adalah palsu atau "fake". Ada laporan yang mengatakan bahawa Osama telah pun meninggal 10 tahun lalu akibat sakit buah pinggang.

Apakah yang sedang diusahakan oleh USA melalui penghebahan berita ini masih menjadi tanda tanya. Tentu ada agenda di sebaliknya. Seperti lazimnya setiap suatu yang disensasikan oleh USA mempunyai agenda tersembunyi.

Mungkinkah mereka merancang dan mengushakan keganasan (binaan CIA) di seluruh bumi Arab sebagai reaksi kematian Benladen kemudian akan menjadikanya alasan untuk menjarah seluruh negara Arab. Semua penentangan Arab terhadap USA akan dilabelkan sebagai alQaeda dan pastinya akan dihapuskan walaupun terpaksa mencampuri urusan negara lain.

Bagi membuktikan alQaeda wujud, CIA merekrut pengganas dan menjadi penghasut seolah satu kebangkitan Islam, membangkitkan rasa benci terhadap USA. Dari sini USA akan mendapat restu PBB menyerang negara Islam.

Semua sumber berita mengenai Osama ini hanya dari USA, kebenarannya amatlah diragui walaupun mereka cuba sebaik cara mengaburi pemikiran awam. Sekurang-kurangnya mereka berjaya membohongi sebahagian penduduk dunia walaupun bukan semuanya. Malah ada yang bersorak gembira menyambut kematiannya termasuk Presiden Karzai (Afghanistan).

penonton TV di Iraq menyaksikan berita 
Obama mungkin akan terperangkap dengan helah ciptaannya apabila pelbagai pihak termasuk rakyat USA sendiri meragui kebenaran berita tersebut. Tidak mustahil skrip sedang disusun untuk mengaburi pembohongan ini. Pendustaan adalah mainan Washington untuk menjadi Raja Dunia.
"It's been kind of strange, the burial at sea, the very fast DNA…it's just been sort of, did this really happen or was this all concocted somehow? It would be reassuring in some sense if the photos were released." said Abigail Carter, whose husband Arron was killed in the World Trade Center on Sept. 11, 2001.
abatasa2