Khamis, 31 Disember 2009

Tembok Ya’juj & Ma’juj telah terbuka ?

RENCANA PILIHAN 
tulisan: Ed

Ya'jud & Ma'jud dalam Dunia Hari ini

Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim yang di sebut di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.

Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.

Persoalan samada tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj telah terbuka.

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6

Tembok menyekat kaum Ya’juj dan Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Baitul-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitul-Maqdis:—
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi,
“Negeri” adalah Baitul-Maqdis,
“Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan
“Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitul-Maqdis, kecuali setelah tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi pula telah lama pulang ke negeri Baitul-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitul-Maqdis?

Ini bermaksud "tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan". Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj.  Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Tiada ulasan:

Catat Komen