Khamis, 8 Mac 2012

Jauhi manusia ini jika mahu selamat

penjahanam negara Islam


Jauhi manusia ini jika mahu selamat. Dialah yang membawa masuk fahaman Liberalisma ciptaan Yahudi Amerika melalui wakil yang ditaja untuk rosakkan Islam.

Mirip fahaman Luciferian, penyembah Syaitan.

Wakilnya dianggap manusia yang bekaliber penuh karismatik. Sebenarnya dia adalah pembawa virus terburuk untuk bangsa dan agama.

Bijak berkata-kata dan pintar mengalih isu. Spin dan Twist menjadi kepakarannya.

Alim dan warak hanya lakonannyanya semata-mata demi survival politiknya, DAP tahu siapa sebenarnya manusia ini tetapi tidak diketahui ramai penyokong PAS.

Baginya semua agama adalah sama, semua layak masuk syurga.

Perkahwinan antara agama dibenarkan sebagaimana di amalkan di Indonesia. Dia sering berhubung dengan rangkaian JIL (Jalinan Islam Liberal) Indonesia.

Menghalalkan hubungan seks luar nikah atas kerelaan bersama (zina)

Menghalalkan hubungan seks luar tabii seperti gay dan lesbian.

Telah lama jalinkan hubungan dengan Israel melalui jaringan Yahudi Amerika. Menjadi proksi Yahudi Amerika. Alat Amerika untuk menguasai negara sebagaimana Arab Spring, Iraq dan Afghanistan.

Mendapat dana yang besar dari rangkaian Yahudi Dunia dan juga IMF. Tengku Razaliegh Hamzah juga rakannya dan pernah bertugas dengan IMF.

Menyokong penuh kewujudan negara haram Israel. Kini bermain spin mengatakan menyokong Palestin.

Menyokong serangan Amerika ke atas Saddam Hussein dan Muaammar Ghadafi. Bersama Amerika dalam rencana jatuhkan Asad di Syria. Berbaik dengan proksi Soros di Tuniisia.

Mempergunakan PAS sebagai alat untuk memberikan sokongan kepadanya kerana PKR tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh, tiada sokongan padu dan hanya berharap undi simpati.

Sanggup mengikut telunjuk DAP, cina cauvinis semata mengharapkan sokongan. Dia sedang dipergunakan oleh DAP secara terang dan sembunyi.

Membenarkan pemurtadan Melayu demi menjaga hubungan baiknya dengan DAP. DAP adalah ejen masionary Kristian di Malaysia dibiayai oleh JESUITS... dan black pop..

Menyokongnya sama seperti berkhianat kepada bangsa dan negara. Semoga ramai antara kita sedar mengenainya. Doakanlah kesejahteraan Islam semoga Allah menghalang niat jahat manusia ini. Amin ya Rabbal alamin.


ini dia....manusia dikatakan... warak... alim... jujur... "suatu pembohongan nyata" ~~

hati2 anda sedang dipergunakan

Selasa, 6 Mac 2012

"Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat"

KISAH BENAR: PENGAKUAN TENTERA ISRAEL TERHADAP ISLAM!!

Solat Subuh di Masjid Akbar New Delhi

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.


: SUMBER :

Hanya Satu Nama Sebuah Pertubuhan Politik Sekular


Pejuang Agama Bangsa Negara


Pas Tiada Kaitan Dengan ISLAM, Sebab PAS Bukan ISLAM Dan ISLAM Bukan PAS, PAS Hanya Parti Politik.

Berdasarkan penjelasan diatas,jelaslah kewujuda PAS tidak ada kena mengena dengan ISLAM.Ia hanya diasaskan oleh manusia iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad yang kecewa keluar dari UMNO dan penubuhan PAS juga diiktiraf Penjajah British waktu itu.Walaupun sekarang ini PAS dipimpin oleh Ulama atau sebahagiannya Bukan Ulama dan mengemukakan pelbagai slogan namun dari perspektif ISLAM,PAS tetap sebagai sebuah PARTI POLITIK dan ia BUKAN SEBAGAI AGAMA.

Oleh itu fahamilah kita bahwa PAS tidak ada kena mengena dengan ISLAM sebagai “AD DIN”.PAS TIDAK ADA DALAM AL – QURAN ATAU HADIS MALAH TIDAK ADA DIIJMAKKAN OLEH ULAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA.PAS CUMA SEBAGAI PARTI POLITIK SAHAJA YANG PERLEMBAGAANNYA TERTAKLUK DIBAWAH PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS).

Oleh itu sesiapa pun tidak boleh mendakwa “PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS”.Kerana masih banyak badan – badan lain yang melakukan aktiviti - aktiviti ISLAM dan ramai orang ISLAM lain yang tidak menyertai PAS atau tidak menyertai mana – mana parti politik atau mana – mana badan .APAKAH APA YANG MEREKA USAHAKAN UNTUK ISLAM DIANGGAP TIDAK ISLAMIK..??TIDAK DAPAT PAHALA..??DAN TIDAK DINILAI OLEH ALLAH SEBAGAI IBADAH...??

Jadi atas alasan apa sehingga Para Ulama PAS berani mengeluarkan FATWA bahawa Undi dan Sokong UMNO JAHILIIAH dan Undi PAS dapat PAHALA dan Terjamin SYURGA..
Sesungguhnya agama itu ialah “Cara Hidup”...cara hidup atau agama yang sebenarnya sah dan diakui ALLAH s.w.t hanyalah ISLAM.

Allah berfirman,maksudnya:

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah ISLAM.Tiada berselisih di kalangan mereka yang telah diberi Al – Kitab(Maksudnya,ialah Kitab – kitab yang diturunkan sebelum Al – Quran)kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka,kerana kedengkian (yang ada) di antara mereaka...”(Surah 2 ,Ali Imran ayat 19)

Jelas sekali dalam ayat di atas ,Allah s.w.t memberitahu punca perselisihan di kalangan ahli – ahli agama (para Ulama) ialah kerana sifat “dengki”.Itulah di antara puncanya PAS menolak “PERPADUAN “ dengan UMNO,ditambah dengan Hasutan dari rakan dalam Pakatan Rakyat yang tidak senang melihat Umat Melayu dan Islam BERSATU yang kelak akan membina kekuatan tersendiri...

Sumber : http://pejuangbangsa31.blogspot.com/2012/02/pas-bukan-islam-dan-islam-bukan-pas.html

Sabtu, 3 Mac 2012

Bukan Kerna Nama



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatak...an kasih sayangmu

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu



Ramly Sarip

Jumaat, 2 Mac 2012

Skandal Seks dan deretan Pembohongan

Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan





Dr Mashitah Ibrahim – Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

Published by AIDC on March 2, 2012