Khamis, 7 Januari 2010

QARIN


Qarin adalah jin - pendamping manusia.

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai "syaitan" kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin kafir ini mendorong "dampingan"nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.

Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 


Caranya ialah dengan membaca "Bismillahir Rahmanir Rahim" (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela.  Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut. 


Pernah satu ketika dulu para 'ustaz" pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah.... syaitan akan kelaparan dan kurus  tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk.  Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum.   Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya.  Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat - sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.


Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim) 


Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.


Dalam surah al-An'am: 112 terdapat firman Allah: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu".


Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)


Jin ini, menurut para alim ulama', bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan 'tuan'nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.


Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.


Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. 

Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia

satu dari seribu


satu dari seribu = 0.1% + 999 = 1000


999 dari 1000 anak cucu Adam adalah ahli neraka. 999 dari seluruh manusia adalah Yakjud dan Makjud. Jadi manusia (makhluk) Yakjud dan Makjud itu nisbahnya 99.9 peratus penduduk dunia ini. 
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” 
… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” 
Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kafir - Terlindung dari kebenaran
Syirik - Mengambil 'yang lain' sebagai tuhan selain Allah (termasuk nafsu).
Munafik - Menipu. Berbohong dan Khianat.

Selain dari Mukminin (sejati), manusia itu adalah Yakjud dan Makjud bermakna  999 dari kalangan manusia itu adalah AHLI NERAKA kerana setiap Yakjud dan Makjud akan menjadi penghuni neraka.  Adakah kita tergulung dalam kalangan Yakjud dan Makjud ini?  Yakjud dan Makjud itu sememangnya manusia dari bani Adam.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya Riwayat Hadith At-Tarmizi
Al Mahadi adalah tokoh yang kemunculannya akan melengkapkan tanda besar kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:  "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan seperti dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad).
Sebelum kedatangan al Mahdi akan berlaku Kezaliman dan Permusuhan di kalangan manusia.  Hilangnya keadilan dan kedamaian dan terjadi huru hara.  Manusia menjadi keliru dan tidak dapat pastikan mana yang baik dan mana yang buruk. Penuh perasangka, tuduh menuduh dan saling salah menyalahkan terhadap sesuatu kejadian buruk.
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
Seronok Keterlaluan
Hidup Mewah
Mengumpul Harta
Menipu
Marah Memarahi
Saling Menghasut
Zalim Mezalimi


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat. Dunia Islam pula dilanda krisis rohani yang sangat meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.

Mereka menggunakan segala macam cara (halalkan cara) seperti penipuan, khianat dan pelbagai helah. Hilanglah nilai-nilai mulia: akhlak, kesopanan dan kesusilaan dan yang wujud hanyalah kecurangan, pengkhianatan, hasutan dan berbagai kegilaan manusia jahiliah. Marilah kita merenung maksud hadis tersebut dan kita muhasabah diri.

Muncul makhluk kejam digelar Dajjal dan dengan pelbagai kekuatan sihirnya, dia mengaku sebagai Tuhan. Lalu di bawah pengaruhnya, ramai manusia syirik dan terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama. Ajaran Allah SWT diingkari secara terang-terangan, solat dan zakat diabaikan, arak menjadi minuman kegemaran, zina dan pembunuhan pula menjadi satu keseronokan.