Rabu, 29 Februari 2012

ahli maksiat juga mempunyai timbangan undi yang sama dengan orang-orang kafir dan yang beriman

UNDI KAFIR SAMA NILAI DENGAN UNDI ISLAM

Demokrasi membawa Musibah


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Di dalam Al-Qur'an Al-Hakim status golongan Kafir tidak pernah disamatarafkan dengan golongan Muslimin sejak dari zaman Nabi-Nabi terdahulu 'alaihimassalam.

Bahkan sejak wujudnya makhluk-makhluk, Allah subhanahu wata'ala sudahpun membedakan di antara makhlukNya yang beriman dan yang kafir kepadaNya. Kafirnya Iblis adalah kerana sombongnya kepada Nabi Adam alaihissalam yang tergolong dari mereka yang beriman. JanjiNya kepada Iblis yang kafir itu adalah jahannam.

Di dalam demokrasi status seorang manusia Kafir dan Beriman, yakni; seorang Muslim, adalah sentiasa sama sehingga satu undi seorang Kafir adalah sama timbangan beratnya dengan timbangan undi seorang Muslim. Seorang Kafir itu pula dapat menentukan tahap kadar keIslaman dan keimanan seorang Muslim di dalam demokrasi dengan adanya kuasa undi yang dimilikinya. Ketika seseorang Muslim itu wajib untuk melaksanakan carahidup Islamnya secara keseluruhannya, sang Kafir boleh memutuskan yang sebaliknya ke atas seorang Muslim atau seluruh masyarakat Muslim.

Persoalannya bolehkah kita sebagai seorang Muslim mengizinkan keImanan dan keIslaman kita ditentukan oleh orang-orang yang kafir ?. Tidakkah ini sama seperti menyerah diri bulat-bulat kepada Iblis laknatuLlah !. Bagaimana iman kita boleh ditambah dan dikurangkan oleh orang-orang kafir yang pastinya adalah satu spesis dari spesis Iblis juga.

Bahkan, di dalam demokrasi seorang yang kurang waras, maupun ahli maksiat juga mempunyai timbangan undi yang sama dengan orang-orang kafir dan yang beriman.

Adilkah sistem sebegini ?.

Wassalam
TokPakirKD

Ahad, 5 Februari 2012

Malaysia Tidak Terjamin Bawah Anwar, sejauh mana kebenarannya?

Aidit : Malaysia Tidak Terjamin Bawah Anwar
Published by AIDC on February 5, 2012

Bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali. 









SEORANG demi seorang rakan rapat yang satu ketika dahulu begitu memuja Datuk Seri Anwar Ibrahim, melangkah kaki meninggalkan beliau. Ezam Mohd. Nor, Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin antara beberapa nama yang bertindak demikian dengan seribu satu fakta dan kenyataan kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dalam kemungkaran.

Salah seorang rakan baik Anwar yang juga pernah menganggapnya sebagai mentor, DATUK AIDIT GHAZALI, turut mengambil tindakan sama. Dalam pertemuan di kediamannya Rabu lalu, Aidit yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND), dengan tenang menjelaskan kenapa beliau tidak lagi sanggup bersama pemimpin pembangkang itu.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia AZMAN ANUAR, NIZAM YATIM dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau mengatakan bahawa Anwar bukan lagi seperti yang beliau kenali dahulu. Anwar baginya, bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam.

Beliau yang pernah bergiat aktif di dalam ABIM satu ketika dahulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.

Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi, Aidit turut mengungkap permasalahan perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

Soalan: Sejak zaman mahasiswa lagi Datuk amat rapat dengan pemikiran dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa sekarang Datuk sangat kritikal terhadap perjuangan dan pemikirannya?

AIDIT: Zaman 1970-an dan awal 80-an adalah zaman di mana tahap idealisme Islam dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi Muslim di seluruh dunia Islam sangat tinggi. Pelbagai faktor menyumbang kepada fenomena ini.

Antara lain, kesan usaha dakwah pelbagai jemaah Islam yang muncul di hampir seluruh pelosok dunia Islam, krisis sistem ekonomi, politik dan pendidikan yang berasaskan nilai serta budaya Barat dan juga interaksi yang semakin rancak antara para pelajar kita yang dihantar belajar ke luar negara dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara Islam yang lain.

Generasi muda di Malaysia termasuk saya tidak terpisah daripada arus positif ini. Maka secara logiknya, proses pencarian ilmu, wadah gerakan Islam serta contoh mithali berjalan dengan gigih. Saya diketemukan dengan sahabat-sahabat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat dalam menubuhkan ABIM (United Kingdom) pada awal 1980-an.

Ketika itu Anwar ialah Presiden ABIM.

Memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup, maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuangan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998.

Tetapi sejak beberapa tahun ini, khususnya setelah PRU-12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya:

Pertama, sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan khabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU-12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku.

Kedua, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam.

Ketiga, pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam.

Keempat, kelonggaran pendirian beliau berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan 

Kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR (martabat Islam, kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharaan Institusi Raja sebagai Pelindung dan Pemayung agama Islam di Malaysia).

Sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sehingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.

Terhadap isu-isu moral yang didakwa disabitkan dengan beliau juga ada kesan besar kepada saya kerana sumber-sumber saya adalah daripada mereka yang mempunyai tahap integriti yang tinggi di sisi saya serta yang bukan ada kepentingan politik dan juga mereka yang satu ketika dahulu mempunyai tahap kepercayaan terhadap Anwar yang melebihi tahap saya.

Namun jiwa saya bukan jiwa menghukum. Justeru, tanpa isu-isu moral ini pun, saya sudah ada cukup asas untuk tidak lagi berpegang pada Anwar sebagai insan yang saya boleh pegang dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam beliau.

Saya telah capai pada peringkat ini dalam keadaan penuh kesedihan kerana satu ketika, saya sangat sanjung kemampuan dan peribadi beliau.

Soalan: Anwar dikatakan mendukung fahaman pluralisme yang kelihatan bercanggah dengan fahaman arus perdana ahli Sunah Wal Jamaah. Apa pandangan Datuk mengenai aliran fahaman sebegini dan kesannya kepada akidah umat?

AIDIT: Fahaman pluralisme yang meletakkan kesucian dan kebenaran agama Islam pada tahap sama dengan agama-agama serta kepercayaan lain adalah kefahaman yang jelas sesat. Ia boleh menggegarkan syahadah seseorang Muslim kerana ia seolah-olah mempersoalkan martabat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

Ucapan Anwar satu ketika dahulu di United Kingdom berkaitan pluralisme kononnya di hadapan audiens yang bukan Muslim dan wajarlah kononnya beliau membawa pandangan yang melihatkan sifat keterbukaan seorang Muslim.

Tetapi pada saya, ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada perkara pokok yang kita tidak boleh langsung berkompromi, lebih-lebih lagi jika ia disabitkan hal akidah (pegangan agama Islam) dan soal Syariah yang jelas hukumnya.

Jika seseorang itu sudah mula berkompromi satu hal pokok, maka kekhuatiran saya adalah ia akan sanggup melonggarkan hal-hal pokok yang lain sehingga nanti seluruh akar Islam itu tercabut dan mungkin diganti dengan baja pemikiran, benih kefahaman dan pokok pegangan yang langsung tidak ada sifat Islam.

 

Justeru perjuangan saya dalam agenda IMR adalah supaya jangan nanti nasi jadi bubur, jangan sehingga menangis tak berlagu tentang akibat pada Islam dan umatnya dan jangan pula saya kesal kemudian akibat berdiam diri yang tidak kena pada tempatnya.

Umat Islam yang kurang faham implikasi halus yang dibawa oleh fahaman pluralisme akan mula nanti membelai sifat berkompromi dengan tuntutan agama Islam dalam hidup kita; mereka akan berjinak dengan sifat liberal dan tuntutan yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh ditegah, serta macam-macam lagi pemikiran yang kabur kerana pegangan kita pada agama yang satu sudah dicairkan.

Soalan:  Perpecahan kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku dan mungkin ada jalan keluar darinya?

AIDIT: Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh pihak-pihak lain. Kebanyakannya ada asasnya. Saya tidak berniat untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling ketara saya yakini menjadi penyebab pada hari ini adalah lima yang utama.

Pertama, tahap ilmu dan kemahiran untuk menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh.

Kedua, ketandusan ikon-ikon insan atau manusia-manusia yang boleh masyarakat jadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka.

Ketiga, masalah ketaksuban yang amat sangat dalam kalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh-tokoh kesayangan mereka dan wadah pilihan mereka sehinggakan ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran telah diketepikan tanpa sedar.

Keempat, suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan 

Kelima, kurangnya alternatif atau pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan seolah-olah hilang harapan pada wadah-wadah sedia ada.

Penyelesaiannya adalah supaya kita tinjau serta kaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan kita selesaikan pada punca-punca. Yang penting kita berusaha secara sistematik dan berterusan. Soal bila kita berjaya jangan kita jadikan desakan utama kerana itu urusan Allah.

Saya juga tidak mahu terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga mengorbankan kualiti dan berkat Allah dalam perjuangan saya.

Soalan:  Pada pandangan Datuk gaya kepimpinan yang bagaimana seharusnya menjadi sumber ikutan dan teladan dalam realiti masyarakat berbilang kaum dan agama?

AIDIT: Sebenarnya, jika kita memahami Islam secara menyeluruh serta kandungan al-Quran, sunah Rasulullah, sejarah hidup para ulama dan tokoh Islam serta hakikat bahawa pintu ijtihad tidak ditutup, soal masyarakat majmuk ini bukan faktor besar.

Madinah yang dijadikan sebagai contoh negara Islam pertama pun bukan semua warganya beragama Islam. Justeru, masyarakat yang sama ada keseluruhannya umat Islam atau bersifat majmuk berkehendakkan gagasan kepemimpinan yang boleh memberi mereka keyakinan, harapan, pengukuhan, bimbingan serta jawapan pada pelbagai kemelut dan cabaran.

Dalam konteks ini, saya melihat bahawa belum ada seorang yang boleh sampai pada tahap itu. Yang kita perlu adalah gagasan kepemimpinan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Justeru jika sesebuah negara itu mempunyai seorang pemimpin utama, maka amat penting sekali mereka yang di kelilingnya mestilah mereka yang juga mencerminkan tahap kepemimpinan tinggi, khusus dari segi kemahiran, ilmu, integriti, moral, amal ibadat, niat suci, rekod prestasi, hubungan masyarakat, jiwa murabbi, rekod prestasi, pergaulan, wawasan dan gagasan mentor yang hebat.

Jika budaya kita tidak menjurus ke arah formula ini, maka kita mesti bergerak ke arahnya sebelum terlambat.

Soalan:  Anwar dikatakan membuat kenyataan kontroversi mengenai Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Apa pandangan Datuk dalam konteks sikap politik yang diambil dan kesannya terhadap perjuangan umat Palestin?
   

AIDIT: Kenyataan Anwar itu memang langsung tidak boleh diterima, walau apa pun alasan beliau. Israel adalah sebuah negara yang kewujudannya dari segi Islam adalah haram.

Warganya kebanyakan berjiwa Zionis yang jelas bermusuh dengan Islam. Rekod rejim Zionis juga terkenal dengan kezaliman bersifat Firaun terhadap umat Islam di Palestin. Jadi untuk membuat kenyataan itu walau atas kepentingan apa sekalipun tidak boleh diterima.

Ia ibarat mencurah air garam yang sedang menggelegak panasnya ke atas luka yang masih berdarah dengan isi badan terdedah.

Mereka yang diam seribu bahasa termasuk rakan-rakan Anwar yang sering berhujah tentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan umat Islam Palestin mesti bersuara untuk membuat pendirian. Ini yang saya lihat adalah ujian asid sama ada taksub kita pada Allah dan kebenaran atau taksub kita pada manusia?

Pendirian kita terhadap perkara-perkara yang mencabar Islam dan umatnya seperti yang saya sebutkan awal tadi juga adalah ujian asid dari segi di mana terletak prinsip kita. Kita mesti ingat bahawa manusia tidak sempurna.

 

Janganlah disamakan kesempurnaan Allah dengan kehebatan mana-mana manusia sehingga kita sanggup menggadai agama sendiri demi kepentingan politik duniawi dan keseronokan sementara.

Soalan:  Sebahagian besar penganalisis berpendapat bahawa masyarakat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan masalah persepsi. Apa pendapat Datuk terhadap perkara ini?

AIDIT: Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang kita kini dibelenggu dengan masalah persepsi. Masalah ini bersifat akumulatif, yakni telah membesar dengan peralihan masa dan tidak diatasi ketika ia masih kecil.

Antara penyebabnya adalah pengalaman buruk masyarakat dengan pihak-pihak yang berkepentingan secara tidak beretika, kawalan emosi yang diganggu dengan budaya menghasut, budaya fitnah dan budaya agresif yang bertentangan dengan nilai serta tata susila hidup kita, termasuk apa yang berlaku di sebahagian masjid, surau dan kebanyakan laman sesawang dan blog/facebook dalam Internet; ketaksuban yang pada tahap melampau terhadap tokoh dan wadah sehingga maklumat yang sahih pun ditolak jika mencemarkan tokoh dan wadah mereka; ketandusan pilihan-pilihan lain bagi mereka yang kecewa; realiti ibarat mencurah air di daun keladi dengan satu pihak ada yang membuat baik dan di satu pihak pula ada yang membuat perkara-perkara yang mencairkan usaha baik; kurang usaha turun ke akar umbi dengan penuh tawaduk dan ikhlas serta tidak bermusim; dan akhir sekali, kurang mencari berkat Allah dalam apa yang kita buat.

Namun, kita jangan pasrah. Kita mesti kuasai profil masalah persepsi ini secara lengkap dan mendalam. Sesuaikan penyelesaian pada kelompok-kelompok yang terlibat. Dekati mereka tanpa prejudis dan pasrah.

Jadi contoh yang baik dari segi perlakuan kita sendiri dan yakin pada takdir Allah untuk membuka hati mereka yang Allah pilih. Pastikan ahli-ahli keluarga kita dahulu yang kita bimbing sebelum kita nak bimbing orang lain. Jangan lupa doa berterusan.

Dan akhir sekali, mesti rasa seronok buat kerja perjuangan supaya tahap pengorbanan kita bukan dijana oleh kepentingan material dan duniawi tetapi dipacu dengan sifat cinta pada agama Islam, umatnya, Institusi Raja sebagai pelindung agama Islam dan hasrat kita untuk membuktikan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini bahawasanya umat Islam memang umat terbaik di sisi Allah – Mingguan Malaysia

Selasa, 10 Januari 2012

Peralihan Momentum New Era

BN sedang hadapi kemelut yang sukar diselesaikan dalam masa terdekat. PR semakin yakin menguasai pemikiran rakyat.

Itulah fenomena semasa yang mungkin memberi impak besar kepada cara hidup rakyat Malaysi mulai 09.01.12 yang akan jadi tarikh penting baru.

Dunia Melayu berubah secara drastik kerana terdedah kepada beberapa beberapa kejadian luar dugaan. Dalam masa yang sama anasir luar dalam bentuk negative charge mengambil laluan rahsia menyusup di celah kecamukan pemikiran yang luntur. Ia boleh ditafsirkan sebagai kekecewaan terhadap harapan yang ikut merosot.

Kebaikan tertutup dan kepuraan mengambil tempat sekaligus, kebenaran hilang dari persada minda. Orang Melayu hilang fokus menjadikan mereka mudah dimangsakan. Pendustaan dan fitnah merebak bagai banjir kilat mengisi kekosongan minda yang keliru. Itulah yang boleh digambarkan hasil dari kekacauan minda manusia Melayu yang hilang arah.

Lebih membimbangkan, agama suci juga ikut tercemar. Kedegilan menerima pesanan dan nasihat menambahkan keparahan sedia ada. Malang pula bagi bangsa unik ini untuk kembali kepada keupayaan hebat masa lalu. Terbenam bersama sampah dan kotoran yang melimpah ruah dalam kehidupan mereka.

Islam menjadi mainan manusia rakus yang ingin mengecap nikmat keduniaan. Lahirlah Islam Liberal yang digagaskan oleh USA dan sekutu mereka.

Sabtu, 7 Januari 2012

Kuda Menguda Tonggeng Menonggeng

Kes mahkamah terpanjang di dunia, lebih 60 penangguhan


Kes LIWAT Anwar

Taukeh besar S'pore sudah “tunjuk jalan”, tapi DAP dua beranak masih diam membisu!



Pemimpin sial anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dicabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah pendirian mereka berdua sudah berubah sedangkan Lee Kuan Yew telah menceritakan tentang 'bukti teknikal' yang dimiliki Bahagian Risikan Singapura selain kepercayaannya bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kegiatan liwat dan homoseks.

Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Lim Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar. Apakah motif mereka sebenar? Adakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama. Anwar juga tentu tahu bahawa Karpal telah berucap di Hotel Federal mendedahkan perkara itu selain menasihatkan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung aduan berkaitan dakwaan liwat. Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.


Karpal lah juga orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat Anwar kepada para pimpinan Pas masa itu sehinggakan ada diantara mereka melabelkan Anwar sebagai 'al Juburi' dan 'pak janggut' itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong Anwar sekarang.

Timbul kemusykilan disini dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu. Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.

Mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.









Seorang ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu juga merupakan Ketua Penerangan DAP, semasa di Dewan Rakyat juga telah mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar. Menurut beliau, persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?

Tambah beliau lagi, jawapannya adalah jelas. " Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini" katanya. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya!



Karpal yang sebelum ini sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.

Daripada rentetan peristiwa tersebut, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.

Dan menjadi kemusykilan kapada rakyat, apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.

Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?

Sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Yang paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.

Wallahuallam.

Suara PolitikTaminsari

Khamis, 5 Januari 2012

PAS dan Gagasan Pemberontakan 9 Januari 2012 untuk siapa?

Mana Hala Orang Islam aka Melayu?



Kita wajib perkatakan dilema PAS. Satu satunya parti dalam demokrasi Malaysia yang berpaksikan Islam. Mempunyai nama Islam. Dipimpin sepenuhnya oleh orang Islam berpendidikan agama. UMNO hanya berpaksi bangsa Melayu. Tidak dinafikan dalam perlembagaan negara Melayu itu adalah Islam walaupun cuba diubah atau dinafikan oleh tangan jahat supaya Melayu tidak lagi mewakili Islam.

Masalah Melayu juga tidak lari dari masalah Islam. Hanya mereka berkepentingan jahat sahaja cuba menafikannya.

UMNO harus berubah kepada parti Islam supaya setiap gerak dan perjalanannya mendapat restu Allah dan membuahkan kebajikan. Akhirnya menyerap PAS dalam satu gagasan besar yang akan menjaga Islam secara total ditokok pula dipayungi YDP Agong dan Raja-Raja Melayu yang berperanan menjaga Islam sejak zaman penjajahan lagi.

PAS berada dalam landasan betul, jika mereka MEMIMPIN Pakatan Rakyat bukan hanya sebagai rakan kongsi. Dalam lain perkataan jadi "pak turut".

Mereka sewajibnya mencaturkan halatuju pembangkang, menjadi pengemudi dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim. Mereka sewajarnya berkuasa memberitahu apa yang boleh atau tidak boleh dalam Islam untuk kefahaman bukan Islam, menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.

Jika demonstrasi atau apa jua namanya dianjurkan oleh PAS di mana matlamat, tujuan serta isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah, maka semua muslim di Malaysia wajib sertainya. Berdosa jika ingkarinya. Berjuang biar atas jalan benar bukan jalan palsu bermotifkan duniawi. Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu. Allah pasti bersama kita.

Lawan tetap lawan. Lawan untuk siapa? Lawan demi Allah Azza Wa Jalla. Yang menciptakan saya dan kamu. Baharu betul nama perjuangan yang di redhai Allah. Bukan lagi retorik pergunakan agama demi kuasa sejemput. Nyata ia bukan kerana Alllah.

Bilakah keadaan ini akan berlaku? Apakah ia amat mustahil? Apakah situasi semasa akan memberi peluang kepada kuffar mengambil alih pemerintahan di  Malaysia? 

Umat Islam sendiri memberi laluan mudah untuk diperintah oleh kuffar. Itu adalah keyataan walaupun ia tidak dapat diterima oleh penyokong PKR dan PAS.

Sejahat-jahat UMNO tidak rela negara diperintah oleh kuffar, apakah PAS dan PKR mempunyai iltizam yang sama?

Siapa yang sebenarnya mengaturkan agar Umat Islam Malaysia bangun memberontak? Siapa yang menjadi dalangnya? Untuk siapa? Demostrasi dirancang dengan perbelanjaan besar, siapa yang membiayainya?

Kenapa Iraq sehingga hari ini masih belum aman ???????????? Jangan jadi bodoh... berhentilah jadi pengikut taghut yang memakai pakaian manusia suci.... Allah dah turunkan banyak petanda tetapi kita masih lagi "bodoh". Kenapa?

Butakah mata kita apa yang berlaku di Libya yang kini masuk fasa perang saudara antara kabilah? Butakah mata kita melihat Mesir yang terus bergolak? Butakah mata kita melihat apa yang sedang berlaku di Syria?

Siapa yang untung dari kekacauan yang terjadi?

Adakah kematian mereka di jalan raya itu berbaloi dan mendapat redha Allah? Lihat.... jangan jadi orang buta dan bodoh. Orang Islam tidak sewajarnya menjadi orang buta dan bodoh... kecuali mereka yang suka dibutakan dan dibodohkan.

Jangan pula nanti kata saya penjilat UMNO, nanti anda akan dipersoal di akhirat kelak... saya berlepas tangan dari politik demokrasi bernajis ini. Cuma mempergunakan demokrasi bagi selamatkan Islam sehingga  masa bangunnya penjaga Islam sebenar. 



Rabu, 4 Januari 2012

Y2K38 or Y2.038K

Example showing how the date would reset, represented as a signed 32bit integer (at 03:14:08 UTC on 19 January 2038).







Millennium Bug mark II

The Year 2038 Problem is a programming error that may cause important computer software to fail before the year 2038. The event affects all software that store system time as a signed 32-bit integer. These systems interpret time as the number of seconds since Thursday January 1, 1970 and the furthest time that can be represented this way is 03:14:07 UTC on Tuesday, January 19, 2038. All times beyond this moment will wrap around and be stored internally as a negative number, which will cause these 32-bit integer systems to interpret the date as 1901, rather than 2038. This will create erroneous calculations and system failure. Most all 32-bit Unix-like systems store and manipulate time in this format, called Unix time. For this reason, the year 2038 problem is often referred to as the Unix Millennium Bug.

The AOL server software experienced a Unix time problem in 2006 when it was discovered that their server default configuration was set to time out after one billion seconds or approximately 32 years. This caused the system to overflow and return a date that was in the past, ultimately crashing the AOL server. The company was able to fix the problem by editing the configuration file to set the time out to a lower value. However, this was only a temporary fix for AOL. There is currently no straightforward and general solution for the 2038 Unix time problem for existing CPU and operating system combinations. This makes the problem much more serious than the Y2K year 2000 event, in which computer programmers were able to update their systems to avoid failure.

In dealing with the 2038 problem, you can’t simply change the definition of the time data type to a 64-bit setting without breaking binary compatibility for the software. You also can’t change time to an unsigned 32-bit integer without crashing the system. Hundreds of millions of 32-bit systems are deployed around the world. Many of these programs are in important government owned embedded software, which simply can’t be replaced by 2038. Additionally, 32-bit applications running on 64-bit systems are likely to be affected by the issue. Some alternative proposals have been suggested, including storing time in either milliseconds or microseconds. However, to date, no clear solution has been agreed upon and the event remains a strong concern all over the world.


Year 2038 problem

From Wikipedia, the free encyclopedia

The year 2038 problem (also known as the Unix Millennium Bug[citation needed], Y2K38 or Y2.038K[citation needed] by analogy to the Y2K problem) may cause some computer software to fail at some point near the year 2038. The problem affects all software and systems that both store system time as a signed 32-bit integer, and interpret this number as the number of seconds since 00:00:00 UTC on Thursday, 1 January 1970.[1] The furthest time that can be represented this way is 03:14:07 UTC on Tuesday, 19 January 2038.[2] Times beyond this moment will "wrap around" and be stored internally as a negative number, which these systems will interpret as a date in 1901 rather than 2038. This is caused by integer overflow. The counter "runs out" of usable digits, "increments" the sign bit instead, and reports a maximally negative number (continuing to count up, toward zero). This will likely cause problems for users of these systems due to erroneous calculations.

Further, while most programs will only be affected in or very close to 2038, programs that work with future dates will begin to run into problems much sooner. For example, a program that works with dates 20 years in the future will have to be fixed no later than in 2018.

Because most 32-bit Unix-like systems store and manipulate time in this format, it is usually called Unix time, and so the year 2038 problem is often referred to as the Unix Millennium Bug.

Early problems
In May 2006, reports surfaced of an early manifestation of the Y2038 problem in the AOLserver software. The software was designed with a kludge to handle a database request that should "never" time out. Rather than specifically handling this special case, the initial design simply specified an arbitrary time-out date in the future. The default configuration for the server specified that the request should time out after one billion seconds. One billion seconds (approximately thirty-two years) after 9:27.28 pm on 12 May 2006 is beyond the 2038 cutoff date. Thus, after this time, the time-out calculation overflowed and returned a date that was actually in the past, causing the software to crash. When the problem was discovered, AOL server managers had to edit the configuration file and set the time-out to a lower value.[3][4]

Vulnerable systems
Embedded systems are most likely to be affected by the 2038 bug. Telecommunication systems and transportation systems from flight to automobiles increasingly use embedded systems. Automobiles, electric vehicles, and hybrid vehicles are increasingly using embedded systems to maximize efficiency and reduce pollution. Other automotive safety systems include anti-lock braking system (ABS), electronic stability control (ESC/ESP), traction control (TCS) and automatic four-wheel drive. New aircraft contain advanced avionics such as inertial guidance systems and GPS receivers that also have considerable safety requirements. Another major use of embedded systems is in communications devices, including cell phones and Internet appliances (routers, wireless access points, etc.) which rely on storing an accurate time and date and are increasingly based on subsets of UNIX (Android, Apple iOS, "light" versions of Linux, etc.).

As of 2011, most embedded systems use 8-bit or 16-bit microprocessors, even as desktop systems are transitioning to 64-bit systems. Despite the modern 18–24-month generational update in computer systems technology, embedded systems are designed to last the lifetime of the machine in which they are a component. It is conceivable that some of these systems may still be in use in 2038. It may be impractical or, in some cases, impossible to upgrade the software running these systems, ultimately requiring replacement if 32-bit time_t limitations are to be corrected.

The use of 32-bit time_t has also been encoded into some file formats[citation needed], which means it can live on well beyond the life of the machines on which such file formats were originally supported.

Data structures with time problems
Many data structures in use today have 32-bit time representations embedded into their structure. A full list of these data structures is impossible to derive but there are well-known data structures that have the Unix time problem.

file systems (like many inode file systems still in use)
databases (that have 32-bit time fields)
COBOL databases from the 1970s, 1980s and 1990s that have not been replaced by 2038-compliant systems
embedded factory, refinery control and monitoring subsystems
assorted medical devices
assorted military devices

Each one of these places where data structures using 32-bit time are in place has its own risks related to failure of the product to perform as designed.

Solutions

There is no universal solution for the Year 2038 problem. Any change to the definition of the time_t data type would result in code compatibility problems in any application in which date and time representations are dependent on the nature of the signed 32-bit time_t integer. For example, changing time_t to an unsigned 32-bit integer, which would extend the range to the year 2106, would adversely affect programs that store, retrieve, or manipulate dates prior to 1970, as such dates are represented by negative numbers.

Most operating systems designed to run on 64-bit hardware already use signed 64-bit time_t integers, effectively eliminating the Year 2038 problem in any software that has been developed to use the extended format. Using a signed 64-bit value introduces a new wraparound date that is over twenty times greater than the theorized age of the universe: approximately 292 billion years from now, at 15:30:08 on Sunday, 4 December 292,277,026,596. The ability to make computations on dates is limited by the fact that struct tm uses a signed 32 bit int value for the year. This limits the year to a maximum of 2,147,485,547.

Alternative proposals have been made (some of which are in use), such as storing either milliseconds or microseconds since an epoch (typically either 1 January 1970 or 1 January 2000) in a signed-64 bit integer, providing a minimum of 300,000 years range.[5][6] Other proposals for new time representations provide different precisions, ranges, and sizes (almost always wider than 32 bits), as well as solving other related problems, such as the handling of leap seconds.

Ahad, 10 Julai 2011

Tahi Baru "demokrasi"

Dalam perkembangannya, demokrasi penuh dengan dosa. Seperti dicerap Farid Wajdi, dari para pengkritik Demokrasi seperti Gatano Masco, Clfrede Pareto, dan Robert Michels cenderung melihat demokrasi sebagai topeng pengamal ideologi yang melindungi tirani minoriti atas majoriti.  Dalam praktiknya, yang berkuasa adalah sekelompok kecil atas kelompok besar (Ilusi Negara Demokrasi: Al Azhar Press 2009)


Untuk siapakah hidup aku ini?

Untuk UMNO?

UNTUK PAS?

UNTUK PKR?

Kembali menghayati nasib orang Melayu pada zaman yang menuju "penghujung" ini. - Pesanan yang penuh nilai dari MISTISFILES




"As for them, they are but plotting a scheme And I am planning a scheme Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile) (At-Thaariq, 86:15-17)

Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO, tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu. Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO, kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung. Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme. Apa kata Sosialisme? Memiliknegarakan kekayaan. Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan? Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta. Secara teori, kerajaan  Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.

Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi. Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara, penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia. Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini? Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme, demokrasi juga adalah utopia. Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia. Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu. Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO adalah parti yang perlu anda undi. Atau UMNO adalah parti syaitan manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi, anda akan dijamin masuk syurga. Tidak, saya tidak mengatakan begitu. Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul. Jika anda tidak mahu bersatu, tidak mengapa. Berpecahlah apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove.

Cuma yang saya fikirkan, ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa, anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang. Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan, apakah yang boleh mereka lakukan? Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja, adakah nasib mereka akan terbela? Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela, kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan  PAS itu betul, jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat. Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim. Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam, menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim. Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah, maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini. Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu. Lawan tetap lawan. Lawan untuk siapa? Lawan demi Allah Azza Wa Jalla. Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi', anda telah membuat satu pekerjaan yang gila.Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya. Demokrasi adalah sistem yang cacat. Demokrasi adalah TONG TAHI. Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru. INI SALAH. Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih. INI SALAH. Pilihanraya tidak akan selamanya bersih. Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif. Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR,beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau, dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya. Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih. Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu, sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam mengajarkan sistem politik,ekonomi dan sistem sosial manusia.Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara. Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran, pajak gadai dan sebagainya, namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi. Pernah dengar Mudharabah? Ar-Rahnu? Bank Islam? Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya.
Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam.Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik, bagaimana menguruskan negara, namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan.

Undang-undang, kuasa mahkamah, kuasa eksekutif, sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah. Hukum Hudud, Qisas, Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini. Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini? Di sebabkan Jesus tidak pernah mengajar sistem kenegaraan kepada pengikutnya maka penganut Kristian 'terpaksa' menurut sistem ciptaan manusia. Itulah demokrasi. Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri, yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla, namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi, ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO adalah betul jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam. Namun mereka mengikut sistem sekular. Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam, maka mereka masih mahu menyuburkan Islam. UMNO masih terpenjara dalam sistem penjajah. Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi. Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain. Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA. Dibersihkan dari apa?

DIBERSIHKAN DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar.Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar. Mengapa? Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar. Apa kenyataan sebenar itu?

Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus.

Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason, Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam. Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft, yang menjadi anutan elit-elit dunia. Jika anda lahir sebagai seorang Islam, anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti: syaitan,nafsu, orang kafir, munafik, Nasrani, Yahudi, Majusi, penyembah berhala, orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini, para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Mereka adalah orang-orang yang terkaya dalam dunia. Mereka makan di atas pinggan emas dan minum dalam gelas emas. Namun setiap hari mereka takutkan orang Islam mengamalkan sepenuhnya agama mereka.

Bagaimana saya tahu? Adakah saya salah seorang dari mereka? Sudah tentu tidak. Namun saya boleh 'access' ke tempat-tempat mereka melalui 'backdoor'. Tiada yang mustahil bagi Allah. Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi. Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu, sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Orang yang memiliki pengetahuan rahsia akan menyedari perkara sebenar. Saya berada di kalangan elit yang mengawal anjing-anjing, hamba atau patsies seperti Ambiga ini dan saya tahu beberapa perkara. Cukup saya katakan, PKR tidak perlu, PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah. Di akhirat nanti, jika Lim Guan Eng, Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam, apakah alasan anda di hadapan Allah nanti, padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?


UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.

Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hari nanti. Selepas kita menjadi mayat, adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana. Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan. Bagi mereka cukup wang maka cukup makan. Bila kita menjadi mayat, apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun. Yang berguna adalah iman kita. Solat kita.Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti. Agama tidak perlukan anda. ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA. Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini, ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat. Biar semua manusia masuk Islam sekalipun, ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat. Tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada Allah bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.

PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam. Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah, silakan. Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama. Rapatkan saf anda. Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda. Anda semua adalah bersaudara.

Ingat, untuk menang di atas papan catur, anda perlu memiliki strategi sendiri. Kami telah tunjukkan beberapa langkah. Namun sampai satu tahap ,anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi. Tiada lagi strategi. Sampai satu tahap, anda akan menyedari hakikat sebenar. Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain. Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu, sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Istimewa dari -Lodgekeeper

313above666


KREDIT untuk MISTISFILES