Sabtu, 2 Februari 2013

Kejayaan Anwar membawa wajah baru kepada PAS

Sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan rakan kongsi. Agama dipermainkan dan dihina asalkan ia disukai oleh musuh Islam (kristian). Berselindung disebalik tudung anak bini, kini dia dengan megah mendesak supaya kerajaan membenarkan "Allah" dibenarkan disebut sebagai salah satu dari tiga tuhan kritian.

Musuh Islam Dalam Selimut
Kenapa Nik Aziz Tak Sedar?


Desakan kumpulan ulama PAS dalam majlis syura mereka memberikan tamparan ke mukanya dan kini menggunakan Tim. Presiden yang tak berkelayakan agama ditarik masuk dalam majlis syura untuk menghuruharakan PAS pula. Selepas ini orangnya dalam PAS akan mengganyang para ulama PAS dan sebahagian besar (yang tak sebulu dengannya) pasti akan terpelanting sebagaimana Nasya dan Hasan Ali. Siapa yang sebenarnya berkuasa dalam PAS sekarang, saya fikir semua sudah tahu. 

Kejayaan Anwar membawa wajah baru kepada PAS - 'Demi politik agama boleh dipersenda'. #

Anwar membawa pakatan pembangkang lawan autoriti agama?



Sebahagian besar jabatan agama negeri sudah mempunyai enakmen atau peraturan mengenai salah guna kalimah Allah dan kalimah-kalimah yang lain. Hampir semua mufti juga mempunyai pandangan yang sama mengenai perkara ini. Sudah sampai masanya tindakan diambil kepada yang ingkar.

Raja-raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri masing-masing banyak yang sudah menyatakan sikap bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sesuka hati. Majlis Fatwa negeri dan negara telah membuat keputusan yang sama. Majlis Agama negeri pun mesti tegas.

Autoriti atau bidang kuasa mengenai hal-hal agama bukan milik Anwar Ibrahim dan DAP malah bukan juga milik Pas. Majlis Syura Pas sepatutnya seiring dengan keputusan pihak lain yang berautoriti secara syarak dan perundangan.

Siapa Lim Guan Eng mempersoalkan penggunaan kalimah Allah bagi versi Melayu Bible sedangkan pihak yang berautoriti bukan dirinya. Siapa Anwar yang membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah Allah itu boleh, sedangkan itu bukan bidang kuasanya juga.

Terang-terangan mereka menolak pihak yang berautoriti, Majlis Agama Islam Negeri, Tuanku Raja-Raja dan Sultan, majlis fatwa, alim ulama dan lain-lain. Sikap tidak menghormati autoriti agama ini adalah kecenderungan biasa Anwar yang mencabar siapa saja yang tidak bersetuju dengannya.

Hatta Majlis Syura Pas pun dipersoalkan autoritinya. Anwar bukan ulama yang mempunyai autoriti ilmu dan mengeluarkan fatwa terhadap isu-isu keagamaan. Beliau hanya 'bekas tokoh' gerakan Islam dan tidak juga mujaddid yang tersohor untuk berbeza pendapat dengan ulama-ulama seperti Dr. Haron Din umpamanya.



Hairannya pendirian Anwar diterima oleh sebilangan orang dan Guan Eng amat gembira dengan pendirian Anwar ini kerana terperangkap dengan strateginya.

Penulis percaya ulama Pas yang mula mengambil sikap dan pendirian tegas menyebabkan Anwar cemas kerana isu ini terkait dengan persoalan akidah.

Memahami Anwar dengan perangainya 'lawan tetap lawan' menyebabkan Abdul Hadi Awang tersepit. Abdul Hadi belum lagi membuat kenyataan yang tegas dan jelas. Kenyataannya sedang ditunggu oleh banyak pihak. Persetujuan Abdul Hadi mengenai penggunaan kalimah Allah pada 8 Januari lalu belum terungkai lagi.

Katakanlah Abdul Hadi tampil menyatakan secara terbuka bahawa dia berdiri teguh dengan keputusan Majlis Syura dan Anwar menyatakan sebaliknya, dengan sendirinya kenyataan Abdul Hadi pada 8 Januari itu terbatal.

Anwar tidak boleh memaksa Abdul Hadi mempertahankan kenyataan 8 Januari itu kerana ia bercanggah dengan proses syura dan juga syarak. Apa hujah syarak Anwar mengenai keputusan Majlis Syura Pas itu sedangkan asas keputusan Majlis Syura Pas itu didukung oleh nas yang sahih dan boleh dipertahankan.

Anwar hanya menggunakan logik akalnya saja dan pertimbangan politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Anwar tidak mahu kerana isu kalimah Allah, pakatan pecah. Anwar tidak sanggup menghadapi pilihan raya ini tanpa Pas. Dilema Pas ialah bersetuju dengan pendirian Anwar bermakna menggadaikan prinsip syarak yang menyentuh akidah.

Pas dijangkakan memilih prinsip syarak. Prinsip syarak adalah segala-gala. Tidak bersetuju dengan kalimah Allah digunakan sesuka hati oleh Anwar dan pakatan, dan pada masa yang sama masih boleh bekerjasama dalam politik tentunya satu hal yang 'ajaib'.



Lebih bermaruah kalau Pas bertanding sendiri-sendiri tanpa PKR dan DAP. Cara begini akan dihormati banyak pihak. Tapi bolehkah pakatan berkuasa tanpa Pas. Dan bolehkah Pas memenangi banyak kerusi tanpa sokongan pengundi DAP.

Pilihan raya semakin dekat, Pas tidak banyak masa untuk berfikir strategi lain. Majlis Syura harus bersidang sekali lagi untuk mengambil pendirian apakah syarie namanya berjuang dengan parti lain yang meremehkan isu penggunaan kalimah Allah.

Atau Pas mengambil 'taqiyyah' atau maslahah supaya lelap mata dengan isu kalimah Allah kerana yang penting ialah masih bersama pakatan pembangkang kerana hajat hendak ke Putrajaya semakin tidak tertahan lagi.

Kalau itulah sikap yang diambil, keputusan Majlis Syura 13 Januari tidak memberi makna apa-apa bagi Pas dan tidak menggentarkan Anwar atau menjadikan Guan Eng di pihak yang bersalah.

Lalu pilihan raya yang dilalui oleh Pas bersama pakatan ibarat lupakan dulu perkara pokok mengenai kalimah Allah atas nama syarak dan terus berjuang atas nama politik dan kuasa. Apakah itu akhirnya jalan yang dipilih oleh Pas?

Suara Politik
Belantan
penghargaan - blog taminsari

Jumaat, 1 Februari 2013

Gerakan Sulit menyatukan rakyat Bukan Melayu untuk menentang Orang Melayu

Gerakan sulit Kristian bersama beberapa orang Islam yang khianat. Ia tidak wajar sama sekali dibiarkan.

anak tuhan ??

parti kristian ??

Islam ??

Perkataan “Allah” dalam bahasa Melayu difahami sebagai Tuhan kepada umat Islam, manakala perkataan “tuhan” itu bermaksud zat yang tertinggi yang dipercayai oleh penganut sesuatu agama. Bahasa arab berbeza, begitu juga bahasa-bahasa lain. Adakah penggunaan “Allah” juga ada dalam kitab Injil dalam bahasa Inggeris?. Bagaimana dengan kitab injil dalam bahasa-bahasa lain? Atau adakah satu kitab Injil asli yang menggunakan kalimah “Allah” didalamnya untuk dijadikan rujukan?

Perkataan “Allah” telah digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu sejak 400 tahun dahulu. Manusia juga gunakan daun dan kulit kayu untuk tutup kemaluan mereka beribu tahun dahulu. Banyak perkara yang dibuat dahulu tidak lagi dibuat sekarang. Pengunaan “Allah” dalam kitab Injil dahulu dilakukan oleh mubaligh Kristian bertujuan mengelirukan umat Islam berbangsa Melayu nusantara agar meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Kristian. 

Orang Melayu dulu silap kerana tidak peka terhadap muslihat ini maka Kristian berkembang dengan cara penipuan di nusantara seperti Indonesia, Filipina dan juga Sabah dan Sarawak. Sekarang orang Islam di Malaysia perlu dan wajib membetulkan keadaan ini. Alasan ianya berhak digunakan cuma kerana telah digunakan sejak 400 tahun dahulu adalah hujah dangkal.

Membenarkan penggunaan perkataan “Allah” kononnya positif kerana boleh digunakan untuk tujuan dakwah adalah mengarut dan sesat. Islam tidak menghalalkan cara yang salah untuk mencapai matlamat yang betul.

Umat Islam wajib “menyampaikan” tetapi bukan dengan penipuan. Jangan kata kita akan berdakwah kepada pengikut Kristian dan penganut agama lain untuk memeluk Islam kerana “Allah” kita serupa. Namun, kita tetap “menyampaikan”, jika ada yang menerima maka jadilah dia seorang muslim dan jika tidak mahu menerima maka kekallah dia dengan kepercayaannya,

Kita dengan tuhan kita iatu Allah dan mereka dengan tuhan mereka. Kita semua masih boleh hidup bersama dengan pegangan agama yang berbeza dalam sebuah negara.

Perkataan “Allah” ada terdapat dalam kitab agama Sikh. Adakah kitab tersebut ditulis dalam bahasa Melayu? Adakah pernah terdengar penganut agama Sikh di Malaysia cuba menyebarkan agama mereka kepada umat Islam? Mereka mematuhi undang-undang. Kitab mereka tidak berbahasa Melayu jadi ianya bukan isu.

Bagi memperbetulkan kesilapan lalu, negara Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang sepatutnya terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak ada hak-hak istimewanya tersendiri begitu juga Semenanjung Tanah Melayu juga perlu ada hak-hak tersendiri. Nama Semenanjung Tanah Melayu bukan rekaan baru, ianya telah diguna satu masa dahulu dan sekarang patut dikembalikan nama asalnya berserta hak-hak istemewanya.

Pernyataan yang saya pertahankan adalah :

1) Perkataan “Allah” tidak boleh dimaksudkan sebagai Tuhan agama lain apabila ditulis atau disebut dalam bahasa Melayu.

2) Penggunaan “Allah” dalam lain-lain bahasa tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.

Terdapat gerakan di Malaysia sedang cuba menyatukan rakyat bukan Melayu dalam satu kumpulan untuk menentang orang Melayu. Mereka menggunakan agama Kristian sebagai wadah penyatuan kerana mereka melihat agama Kristian ada kelebihan tersendiri seperti sokongan dan perlindungan negara luar. Mereka ini sebenarnya tidak bertuhan, mereka akan bertuhankan apa saja asalkan matlamat duniawi mereka tercapai. Tidak menghairankan jika mereka sendiri tidak mengamal ajaran kristian yang kononnya mereka pertahankan.

Kumpulan ini bergerak lebih cergas kerana terdapat peluang. Peluang yang ujud kerana perpecahan umat Melayu Islam. Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ia bererti tunduk kepada pilihan ramai. Jika sekumpulan rakyat boleh disatukan dan kumpulan ini merupakan majoriti maka kumpulan inilah yang berkuasa termasuk memerintah negara. Memerentah negara bermaksud boleh mengubah prinsip dan dasar serta corak pemerintahan. Jika cukup sokongan di parlimen, undang-undang juga boleh digubal, pinda dan mansuhkan. - Pak Ard


PENIPUAN

Para ulama politik dan pendokong politik Islam di Malaysia kini memutarbelit kenyataan dengan mengatakan BAHAWA kerajaan mengharamkan orang kafir menyebut kalimat Allah, mereka sengaja mencipta soalan sedemikian kepada pemimpin dan juga ust popular Azhar Idrus supaya yang timbul ialah HARUS dalam menyebut kalimah ini. Mereka tidak bangkitkan persoalan sebenar iaitu penggunaan kalimah Allah dalam bible Melayu. Kekeliruan dan pembohongan inilah yang dicanangkan kepada kampong yang buta IT dan hanya mendengar penerangan dari sumber terhad.

Apa yang terjadi sekarang menunjukkan walaupun parti yang memakai nama Islam, sikap mereka telah berubah dan rela mengikut telunjuk bukan Islam.

Penipuan ini amat merosakkan. 


Persoalan Sebenar Kalimah Allah
 dari aidc

Mohd Hazizi Ab Rahman - Apabila ditanya tentang hukum orang kafir guna kalimah Allah, sebenarnya soalan itu sendiri tidak betul. Ramai yang menjawab hukum asalnya ialah harus. Sedangkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah hukum taklifi, dan yang mukallaf ialah orang Islam. Orang kafir tidak disasarkan dengan hukum-hukum Allah kecuali:-

1) ayat-ayat yang mewajibkan beriman
2) hukum-hukum jenayah dan muamalat, berdasarkan akad zimmah

Oleh itu, persoalan sebenar yang mesti dijawab ialah apakah wajar kerajaan sebagai Ulil Amri, yang mempunyai jentera mengeluarkan fatwa dan menguatkuasakan fatwa, mengharuskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan bahan-bahan terbitan gereja di Malaysia?

Persoalan sebegini secara asasnya sudah termasuk dalam bab Siyasah Syariyah, di mana kerajaan berkuasa membuat keputusan melalui pertimbangan antara maslahat dan mafsadah, yang semuanya itu mestilah berada dalam kerangka Maqasid Syarak, menjaga agama dalam konteks isu ini.

Hakikatnya, kerajaan sudah ada keputusan. Sebagai rakyat kita perlu terima keputusan itu, kerana ia mengikut lunas-lunas syarak. Janganlah semua orang nak jadi kerajaan, atau semua perkara nak dibangkang.

Persoalan sebegini sebenarnya mengenai kuasa agama ke atas kehidupan awam, perkara yang amat dibenci oleh puak sekular liberal. Sebahagian orang Islam, termasuk yang popular, mengupas isu ini tanpa melihatnya dalam skop pertembungan antara ideologi. Itu satu kegagalan yang mampu mengundang tragedi kepada umat.

Wujudnya hubung kait antara ayat dan topik tidak semestinya boleh berlaku pendalilan di situ. Ramai orang terjebak dalam fenomena ini, iaitu menggunakan ayat al-Quran untuk menguatkan hujah, tapi mereka tidak sedar bahawa ayat itu tidak kena dijadikan sebagai dalil.

Untuk kes ini, Surah Zumar ayat 3 dan Surah Ankabut ayat 63, sebagai contoh, ada hubung kait, tapi tidak kena langsung untuk dijadikan sebagai dalil mengharuskan. Pendek kata pendalilan (istididlal) tidak betul, selain isu orang kafir tidak menjadi sasaran hukum cabang syarak seperti yang disebut di perenggan pertama.