Ahad, 24 April 2011

Diperdaya semudah ABC


Lihatlah manusia zaman sekarang. Apa yang dikejar oleh mereka semua? Kemewahan dan kesoronokan semata-mata!

Saya tertarik dengan kata-kata dari Bishop Jesuit::

LUCIFER (iblis) TELAH BERPUTUS ASA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG BESAR MAKA MUHAMAD MENGINGATKAN KAWAN-KAWANYA AKAN PERKARA2 YANG KECIL(ZARAH) DAN KEROSAKAN YANG SEKECIL ZARAH TELAH BERLAKU KPD ISLAM SEDETIK SELEPAS MUHAMAD DIAMBIL TUHANNYA

KERANA TUHAN KEPADA MUHAMAD MENGHITUNG PAHALA DAN DOSA SEKECIL ZARAH DAN IKATAN ZARAH2 INI BOLEH MENJADI LONGGAR DENGAN DIHENTAM OLEH DAYA SEKECIL ZARAH SECARA BERTERUSAN. MAKA SEKECIL ZARAH LAH KAMI MEMBINA PERKARA-PERKARA DI DUNIA INI/ DAN SELEBIHYA LUCIFER AKAN MENGURUSKANYA

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkanpemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya memakan hati ayam akan melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya kepada buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK (Yahudi) semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Ada orang Melayu yang telah ketagih minum Coke.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar). Sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan wanita. Selain itu soya juga dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen yang ada pada wanita. Soya ada phytic acid yang menyerap kalsium, magnesium dan zinc. Unsur yang penting untuk badan kita terjejas.

Kesimpulannya para kafir agen dajal ini bukan setakat melemahkan kita berbagai sudud malah pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah, 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al-Maidah, 88)

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (an-Nahlu, 114)

petikan dari temubual Padri Jesuit dengan seorang pemuda Melayu - artikel asal dari efairy.blogspot yang telah digodam dan dipadam oleh tangan ghaib.... setinggi penghargaan untuk saudara efairy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan